Tahukah anda, setiap rakyat Malaysia yang menerima sebarang pendapatan yang berjumlah lebih dari nilai ambang yang ditetapkan perlu membayar cukai pendapatan.
Tetapi bagi mereka yang menjual rumah dan hartanah, terdapat cukai lain yang perlu dibayar.
Jika anda mendapat keuntungan modal dari penjualan harta tanah di Malaysia, anda perlu membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).
Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang cukai ini dan hanya biasa dengar tentang cukai pendapatan.
Oleh itu, di dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda tentang info penting CKHT ini, bila cukai ini dikenakan serta sama ada CKHT ini mempunyai pelepasan cukai atau tidak.
Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Info Penting Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang maksud cukai pendapatan CKHT serta cara pengiraannya yang betul bagi membantu anda selesaikan cukai anda tanpa masalah.
Apa Itu CKHT?
Seperti yang diterangkan di atas, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ini adalah cukai yang dikenakan pada mereka yang mendapatkan keuntungan dari jualan rumah, tanah, ladang atau hartanah komersil di Malaysia.
Ia dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ditadbir bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976).
Tujuan akta ini diperkenalkan adalah untuk luaskan lagi skop dan tempoh pengenaan cukai, serta dikenakan atas keuntungan pindah milik hartanah bermula 7 November 1975.
Selain dari cukai pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ini penting kerana ia dapat mengurangkan spekulasi dalam pasaran harta tanah.
CKHT ini dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu:
- Persendirian – Warganegara dan Pemastautin Tetap
- Persendirian – Bukan Warganegara/ Warga Asing
- Syarikat
Cukai ini dikenakan ke atas pelupusan hartanah dalam tahun taksiran transaksi taksiran berlaku. Tahun taksiran ini merujuk kepada tahun kalendar.
CKHT ini telahpun melalui beberapa pindaan dan pindaan bagi tahun 2022 merupakan pindaan yang kelapan yang TELAH dilakukan.
Kadar CKHT/RPGT bagi setiap peringkat:
Kadar CKHT | Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap (PR) | Bukan Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap | Syarikat berdaftar: tempatan/asing |
Tahun Pertama | 30% | 30% | 30% |
Tahun ke-2 | 30% | 30% | 30% |
Tahun ke-3 | 30% | 30% | 30% |
Tahun ke-4 | 20% | 30% | 20% |
Tahun ke-5 | 15% | 30% | 15% |
Tahun ke-6 | 0% (pengurangan dari 5%) | 10% | 10% |
Jadi, berdasarkan jadual di atas, ia boleh dilihat bahawa kadar CKHT/RPGT ini akan dimansuhkan untuk individu.
Ini termasuklah warganegara dan pemastautin tetap dari tahun ke-6 dan seterusnya bermula pada 1 Januari 2022.
Cara Pengiraan CKHT
Cara untuk mengira CKHT ini tidak sama dengan pengiraan cukai pendapatan. Jadi, bagaimana cara untuk mengira CKHT ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu ikut formula ini:
Untung Jual Rumah x Kadar Cukai
1. Cara Mengira Untung Jual Rumah
Bagi mengira untung jual rumah pula, anda perlu ikut kiraan seperti di bawah ini:
- Anda perlu menolak harga beli dari harga jual.
Harga beli dan harga jual ini biasa diambil dari perjanjian jual beli yang telah dibuat.
Namun begitu, harga pasaran akan bergantung pada tahun rumah itu dibeli dan dijual.
Contohnya:
- Jika anda membeli rumah sebelum tahun 2000 dan menjualnya pada tahun lain, harga beli rumah tersebut akan mengikut harga pasaran pada tahun anda beli rumah itu.
- Tetapi, sekiranya anda membeli rumah sebelum tahun 2013 dan menjualnya pada 2020, maka harga beli akan mengikut harga pasaran pada Januari 2013.
- Harga beli ini akan ditentukan oleh LHDN.
- Jika harga beli adalah tinggi, semestinya untung bagi kiraan cukai anda akan semakin rendah.
- Tolak kos-kos yang dibenarkan dalam Akta CKHT, ini termasuk:
- Kos Ubahsuai
- Yuran ejen hartanah
- Yuran guaman
- Yuran juruukur, akauntan dan penilai
- Kos pindah milik termasuk duti setem
- Kos pemasaran
- Yuran pentadbiran dan pengurusan
Amaun yang didapati ini akan menjadi Keuntungan Yang Boleh Dikenakan Cukai atau Chargeable Gain.
Tetapi, ini bukan amaun akhir. Anda perlu tolak dahulu pengecualian Jadual 4 Akta CKHT.
Dalam Jadual 4 Akta CKHT ini, kerajaan membenarkan untuk mendapatkan pengecualian yang sama dengan:
- 10% dari Chargeable Gain; atau
- RM10,000
- Yang mana lebih besar.
Selesai tolak ini, anda akan dapat amaun akhir untuk Untung Yang Dikenakan Cukai.
2. Kadar Cukai Real Property Gain Tax (RPGT)
Bagi kadar cukai CKHT/RPGT pula, ia bergantung kepada tahun ke berapa yang rumah itu dijual selepas anda membelinya.
Bagi individu, kadarnya adalah seperti berikut:
- Jualan pada tahun pertama hingga ketiga: 30%
- Tahun keempat: 20%
- Tahun kelima: 15%
- Tahun keenam dan seterusnya: 5%
Bilakah CKHT Dikenakan?
CKHT hanya akan dikenakan sekiranya terdapat keuntungan dari pelupusan hartanah di mana harga jualan semula hartanah adalah lebih dari harga belian.
Individu (Warganegara & Pemastautin Tetap)
Mana-mana pihak di atas perlu membayar CKHT mengikut jumlah keuntungan mereka sekiranya mereka menjual hartanah dengan harga yang lebih tinggi.
Syarikat
Penjualan saham dalam dalam sesebuah syarikat biasanya tidak tertakluk kepada CKHT melainkan syarikat itu adalah Syarikat Harta Tanah (SHT) yang menjalankan perniagaan khusus dalam bidang hartanah.
SHT ini perlu memiliki harta tanah atau saham tidak kurang 75% dari keseluruhan aset nyata syarikat.
Jika syarikat ini melepaskan harta tanah atau saham sehingga peratusannya menjadi kurang dari 75%, ia tidak lagi diiktiraf sebagai SHT dan saham dilepaskan bukan lagi tertakluk di bawah SHT.
Ini bermakna ia akan dikenakan CKHT. Di samping itu, jika syarikat itu menukar kelas harta tanah dari aset kekal ke aset semasa seperti stok perdagangan, maka ia akan dikira sebagai pelepasan aset yang boleh dikenakan CKHT.
CKHT Pun Ada Pelepasan Ke?
Seperti cukai pendapatan, CKHT juga ada pelepasan. Anda hanya perlu maklumkan kepada peguam dilantik bahawa anda mahu menggunakan keistimewaan pelepasan cukai CKHT Malaysia.
Bagi yang tidak tahu, pelepasan dan pengecualian cukai CKHT ini bermaksud tiada sebarang caj atau cukai yang akan dikenakan dari jumlah keuntungan penjualan rumah anda.
Pelepasan dan pengecualian cukai CKHT ini hanya boleh digunakan sekali sahaja seumur hidup.
Jadi, jika anda sudah menggunakan pelepasan ini untuk penjualan rumah yang pertama, penjualan rumah yang seterusnya tidak akan mendapat pelepasan ini lagi.
Pengecualian ini juga diberi jika harta tanah tersebut adalah untuk pemberian tanpa balasan (kasih sayang) seperti pindah kepada waris atau pindah antara suami isteri dan sebagainya.
Kesimpulannya, cukai CKHT ini penting dan wajib untuk dilunaskan oleh rakyat Malaysia yang layak seperti cukai pendapatan.
Jika anda sedang mencari ejen hartanah untuk bantu anda menjual atau menyewa rumah dengan cepat, anda boleh dapatkan servis Shukri Zohari, ejen hartanah terkemuka di Malaysia!
Shukri Zohari, telah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah dan juga seorang pelabur.
Dari pengalaman berikut, beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 billion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang hartanah!
Antara servis yang ditawarkan adalah:
- Mendapatkan harga pasaran dari penilai hartanah untuk anda
- Pengiklanan dan promosi untuk hartanah milik anda di setiap platform
- Menguruskan Banker & Lawyer bagi urusan permohonan pembiayaan dan sebagainya
Tunggu apa lagi? Whatsapp Shukri Zohari di sini sekarang!
0 comments