Segala urusan berkaitan dengan hartanah atau tanah mesti kena tengok geran untuk tahu pemilik tanah, lokasi dan apa yang boleh dan tak boleh buat di kawasan tersebut.
Geran rumah adalah dokumen bukti pemilikan secara rasmi yang dikeluarkan kerajaan yang memaparkan pelbagai maklumat seperti jenis kediaman yang boleh dibangunkan dan syarat lain mengenai status pemilikan.
Hal mengenai rumah seperti geran rumah, cukai tanah dan sebagainya wajib diketahui dan dipantau oleh pemilik rumah.
Walaupon ia kelihatan simple, ia melibatkan banyak hal dan perkara. Jom baca!
Cara Dapatkan Geran Rumah
Geran diperlukan bagi urusan seperti:
- Pindahmilik
- Pajakan
- Gadaian
- Turunmilik atas sebab kematian
3 Jenis geran rumah:
-
Individual title (geran rumah individu)
Geran ini di atas nama pemilik rumah persendirian seperti ini untuk rumah landed seperti banglo, double-storey, teres setingkat dan seangkatan dengannya.
-
Master title (geran induk)
Geran ini diletakkan di atas nama pemaju tidak lagi ditukarkan nama ke atas pemilik. Selalunya, dimiliki oleh kategori rumah yang masih baru tempoh VP dan bertingkat seperti apartment dan kondominium.
-
Strata title (geran rumah strata)
Setelah rumah bertingkat seperti apartment dan kondominium, geran akan menjadi status strata.
Pihak-pihak yang boleh kita dapatkan salinan geran ialah:
- Pemaju.
- Peguam perjanjian jual beli.
- Peguam panel bank.
- Carian rasmi di pejabat tanah.
Anda harus ketahui hak anda anda. Di mana, sudahkah anda mendapat milikan penuh ke atas rumah atau sebaliknya.
Milikan penuh bermaksud nama pemilik telah dimasukkan ke dalam geran. Kalau belum masuk nama kita, tandanya geran masih atas nama pemaju atau tuan tanah asal.
Apabila geran rumah telah dimasukkan nama anda, pastikan anda mendapatkan salinan geran dan simpan bagi memudahkan anda memantau isu-isu rumah seperti cukai, insurans dan lain-lain.
Geran ini juga akan diperlukan andai anda ingin menjual rumah atau membuat pembiayaan semula di masa akan datang.
Bagi yang sudah melangsaikan hutang pinjaman, anda boleh mengambil geran asal.
Di dalam urusan ini, akan perlu melantik peguam bagi menguruskan Discharge of Charge ataupun Pelepasan Gadaian.
Proses mendapatkan geran asal seperti di bawah:
- Sediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan seperti salinan Kad Pengenalan(MyKad) pembeli (pemilik) dan juga pemilik kedua (jika ada), Sale & Purchase Agreement Hartanah, Loan Agreement, Salinan Resit pembayaran cukai tanah dan pintu untuk tahun terkini dan dokumen berkaitan yang diminta peguam.
- Kemudian, peguam akan menyediakan surat perlantikan dan perlu ditandatangani surat tersebut dan surat dihantar kepada bank. Peguam juga akan menghantar kepada bank untuk memohon Borang 16N bagi tujuan gadaian, geran asal dan dokumen lain yang terlibat akan diuruskan.
- Selepas itu, peguam akan menghantar dokumen berkenaan taksiran di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pembayaran cukai juga lebih baik dijelaskan bagi memudahkan proses.
- Apabila perkara di atas sudah selesai, peguam akan membuat pendaftaran untuk melepaskan gadaian di pejabat tanah. Proses ini akan mengambil masa selama 2 minggu ke 1 bulan sahaja.
- Rumah akan menjadi hak anda setelah proses melepaskan gadaian di pejabat tanah.
Anggaran Jumlah Proses Pelepasan Gadaian
Terdapat dua jenis pelepasan gadaian yang boleh dilaksanakan bergantung kepada status sama ada hartanah anda sudah dikeluarkan hakmilik geran tanah ataupun belum.
- Jika hartanah sudah mempunyai hakmilik geran tanah
- Jika hartanah mempunyai mempunyai hakmilik geran tanah
Anggaran keseluruhan kos guaman dan perbelanjaan yang akan berlaku bagi proses pelepasan gadaian adalah di bawah RM1,000.00.
Kos Bagi Yang Mempunyai Hakmilik Geran Tanah
Perkara | Selangor | Kuala Lumpur | Johor | Perak | Negeri Sembilan |
Fi Guaman | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
Kos Perbelanjaan (Pengangkutan, Pos, Fotokopi & Lain-lain) | RM450 | RM450 | RM500 | RM500 | RM500 |
Bayaran Duti Setem | RM10 | RM10 | RM10 | RM10 | RM10 |
Fi Pendaftaran di Pejaat Tanah jika *1 wakil kuasa/ **2 wakil kuasa | *RM70/
**RM90 |
*RM70/**RM90 | *RM90/
**RM120 |
*RM60/
**RM80 |
*RM110/**RM180 |
Fi Pendaftaran di Pejabat Tanah (melibatkan LPPSA) | *RM70/
**RM90 |
Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
Fi Carian Hartanah: (1 Carian Rasmi + 1 Carian Persendirian) | RM80 | Rm80 | RM180 | RM60 | RM120 |
Jumlah | *RM980/
**RM102 |
*RM910/**RM930 | *RM1080/**RM1110 | *RM930/ **RM1010 | *RM1040/**RM1230 |
Kos Bagi Yang Belum Mempunyai Hakmilik Geran Tanah
Perkara | Jumlah |
Fi Guaman | RM400 |
Kos Perbelanjaan (Pengangkutan, Pos, Fotokopi & Lain-lain) | RM400 |
Bayaran Duti Setem | RM40 |
Fi Pendaftaran Surat Wakil Kuasa di Mahkamah | *bergantung kepada jumlah muka surat perjanjian. Dalam lingkungan bawah RM100 |
Kesimpulan
Kini anda sudah tahu cara untuk mendapatkan geran tanah sama ada original atau salinan bagi simpanan peribadi. Pastikan ia disimpan di tempat yang selamat.
Jika anda nak menjual atau sewa rumah anda tetapi tak tahu prosesnya bagaimana, jangan risau!
Shukri Zohari pasti boleh bantu anda!
Shukri Zohari merupakan ejen hartanah yang sudah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun.
Sepanjang 9 tahun itu, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah serta seorang pelabur.
Beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 bilion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini.
Apa yang anda boleh dapatkan dari servis Shukri Johari?
- Anda akan dapatkan harga pasaran dari penilai hartanah
- Hartanah milik anda akan diiklankan dan dipromosikan di setiap platform
- Urusan pembiayaan dan sebagainya dengan pihak bank dan peguam akan diuruskan
Tak perlu pening-pening lagi.
Selesaikan urusan hartanah anda dengan Shukri Johari sekarang!
0 comments