peguam hartanah

Sudah ditekankan bahawa khidmat peguam penting di semua tempat kerana tugasnya untuk memberi nasihat undang-undang kepada pelanggan, menyediakan dokumen perundangan dan berurusan dengan mahkamah dan agensi kerajaan termasuklah peranan peguam hartanah.

Bila melibatkan proses rumah dan tanah/hartanah, anda memerlukan peguam hartanah bagi melancarkan lagi proses seperti proses jual beli,tukar nama di dalam geran, urusan rumah pusaka dan banyak lagi. 

Jom kenali lagi tugas-tugas seorang peguam hartanah dan tips yang wajib anda ketahui untuk melantik peguam hartanah.

 

Siapa Peguam Hartanah?

peguam hartanah

Peguam hartanah merujuk kepada individu yang pakar dalam bidang hartanah. 

Mereka ialah individu terlatih dalam perkara-perkara berkaitan dengan harta tanah, hartanah komersial, hartanah perubahan dan urusan undang-undang yang melibatkan transaksi hartanah. 

Peguam hartanah bertugas untuk menguruskan:

  1. Surat perjanjian seperti Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (SPA, S&P) dan Surat Perjanjian Pembiayaan Bank
  2. Pembiayaan LPPSA
  3. Penyempurnaan Hakmilik Geran Rumah atau Tanah.
  4. Urusan Rumah Pusaka
  5. Urusan Pelepasan Gadaian Selepas HUtang Bank atau LPPSA
  6. Urusan Mendapatkan Geran Strata dan Penyempurnaan Pindahmilik Geran

Pengalaman yang ada di dalam bidang hartanah membolehkan mudah untuk berurusan dengan pelbagai pihak pemaju, bank, pejabat tanah, Jabatan Insolvensi, LHDN, JPPH dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

 

Tips Memilih & Melantik Peguam Hartanah

  • Pengetahuan dan Pengalaman

Penting untuk anda dapatkan peguam hartanah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi dalam bidang hukum hartanah. 

Mereka sepatutnya memahami undang-undang hartanah tempatan serta peraturan-peraturan yang berkaitan.

 

  • Reputasi dan Kredibiliti

reputasi dan kredibiliti

Cari peguam hartanah yang mempunyai reputasi baik dalam komuniti undang-undang dan hartanah. 

Anda boleh dapatkan pandangan kawan dan kenalan atau buat carian di website bagi mengetahui ulasan dari orang yang pernah berkhidmat dengannya.

Anda juga boleh lakukan sahkan peguam yang bakal dilantik di sini. Melalui website tersebut, anda boleh melakukan semakan tentang individu tersebut. 

Anda juga boleh meminta untuk melihat Sijil Amalan Peguam ataupon Practising Certificate. Ia pula perlu di renew setiap tahun. 

Jika peguam tersebut tidak memperbaharui sijil, beliau tidak boleh membuat sebarang transaksi, khidmat atau kerja.

 

  • Specialization

peguam hartanah

Setiap peguam mempunyai kepakarannya yang tersendiri. Salah satunya dalam bidang hartanah. 

Ini akan memastikan mereka memahami isu-isu khusus yang berkaitan dengan urusan hartanah seperti pembelian, penjualan, penyewaan, dan sebagainya.

Senario di dalam hartanah juga berbeza kerana bergantung kepada status hartanah, penjual, pembeli, geran tanah dan undang-undang hartanah dan proses di dalam sesebuah negeri. 

Memilih peguam yang berpengalaman mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik.

 

  • Komunikasi Yang Baik

komunikasi yang baik

Peguam yang baik dan berkaliber mampu menjelaskan proses undang-undang dengan mudah kepada klien. 

Beliau juga mampu menerangkan sekiranya terdapat penipuan related dengan agen hartanah.

 

  • Kemampuan dalam Pertikaian 

Pertikaian berkaitan hartanah kadang-kadang berlaku. Pilih peguam hartanah yang mahir dalam menyelesaikan pertikaian secara amicable atau di mahkamah jika perlu.

Maklumat yang jelas perlu diberikan bagi mempercepatkan proses dan segalanya berjalan lancar.

 

  • Harga dan Yuran

Dapatkan maklumat yang jelas berkenaan yuran perkhidmatan peguam hartanah. Pastikan anda memahami struktur bayaran mereka dan apa yang termasuk dalam perkhidmatan tersebut.

 

  • Perjanjian Bertulis

Setelah anda memilih peguam hartanah dan mengetahui struktur bayaran yang diperlukan, pastikan segala perjanjian dan perincian perkhidmatan diatur dalam bentuk bertulis. 

Ini bagi mendapatkan bukti hitam putih dan melindungi kedua belah pihak dan mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan.

Anda sudah memilih peguam tetapi berlaku juga peguam berlaku cuai dan pecah amanah. Anda boleh lakukan perkara di bawah:

  • Buat Laporan Polis.

Jika berlaku perkara seperti pecah amanah dan penipuan, anda boleh buat laporan polis terlebih dahulu.

  • Laporkan Kepada Majlis Peguam

Kemudian, laporkan kepada Majlis Peguam Malaysia bagi mereka mengambil tindakan untuk blacklist peguam tersebut. 

  • Ambil Tindakan Civil. 

Tindakan civil ialah proses memfailkan saman seperti Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. 

Pencarian peguam hartanah mungkin memakan masa tapi untuk dapatkan yang terbaik sememangnya akan memakan masa. 

Jangan terburu-buru dalam memilih dan ambil masa untuk melakukan penyelidikan yang menyeluruh sebelum membuat keputusan.

Jika anda nak menjual atau sewa rumah anda tetapi tak tahu prosesnya bagaimana, jangan risau! 

Shukri Zohari boleh bantu anda! 

Shukri Zohari merupakan ejen hartanah yang sudah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun.

Sepanjang 9 tahun itu, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah serta seorang pelabur. 

Beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 bilion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini. 

Apa yang anda boleh dapatkan dari servis Shukri Johari?

  • Anda akan dapatkan harga pasaran dari penilai hartanah
  • Hartanah milik anda akan diiklankan dan dipromosikan di setiap platform
  • Urusan pembiayaan dan sebagainya dengan pihak bank dan peguam akan diuruskan

Tak perlu pening-pening lagi.

 

Selesaikan urusan hartanah anda dengan Shukri Johari sekarang! 

About the Author

Shukri Zohari berpengalaman dalam bidang hartanah selama sembilan (9) tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah jual beli.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>