Di Malaysia, pelaburan hartanah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang popular dan memiliki potensi untuk pengembalian yang baik dalam jangka masa panjang.
Pelaburan hartanah bermakna pembelian, pemilikan, penyewaan atau pengembangan harta tanah untuk mendapat keuntungan.
Namun, adakah anda bersedia untuk menghadapi susah payah demi mendapatkan keuntungan di dalam pelaburan hartanah?
Kami akan kongsikan dengan lanjut jenis-jenis pelaburan hartanah dan kesilapan yang wajib dielakkan dalam pelaburan hartanah.
Berikut adalah beberapa jenis-jenis pelaburan yang anda sering dilakukan di Malaysia.
Jenis Pelaburan Hartanah
-
Pelaburan Kediaman
Anda dapat membeli rumah seperti rumah teres, pangsapuri, kondominium dan lain-lain jenis hartanah untuk disewakan kepada penyewa.
Pendapatan sewa dapat digunakan bagi kos-kos lain seperti cukai pintu, yuran penyelenggaraan, strata, bayaran pembentungan dan sebagainya.
-
Pelaburan Komersial
Kedai lot dan kedai runcit, banggunan pejabat seperti small office versatile office (SOVO), small office flexible office (SOFO), small office lease office (SOLO), small office smart office (SOSO) di dalam kategori hak milik komersial.
Potensi pendapatan berasal dari penyewaan ruang kepada bisnes atau perusahaan yang memerlukan lokasi yang strategik.
-
Pelaburan Runcit
Pelaburan runcit dan pelaburan hartanah komersial mempunyai persamaan tetapi sedikit berlainan dari segi mekanisme dan lokasi utama.
Hartanah runcit ini akan terletak di pusat membeli-belah utama dan pusat perniagaan utama yang lain. Secara mudahnya, pelaburan runcit ialah gabungan pelaburan hartanah dan perniagaan.
-
Pelaburan Industri
Untuk pengetahuan, pelaburan hartanah industri berisiko berbanding dengan pelaburan kediaman dan komersial.
Pelaburan industri bermaksud kilang, gudang atau kompleks industri digunakan sebagai pelaburan kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengumpulan dan pengedaran.
Namun, ia bergantung kepada daerah dan lokasi yang dipilih. Kawasan yang bagus akan membuatkan kawasan industri tersebut berkembang pesat dan nilai hartanah di situ akan lebih stabil.
-
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
REIT adalah salah satu cara untuk melabur dalam portfolio pelaburan tanpa pemilikan langsung.
Secara mudahnya, ia seperti anda melabur di pelaburan saham amanah. Ia akan dijual beli melalui Bursa Malaysia.
Para pelabur akan membeli saham REIT dan menerima pendapatan dari sewa dan apresiasi nilai properti.
Dengan itu, anda boleh melabur di portfolio hartanah yang mahal seperti KLCC, UOA, Sunway dan pelbagai.
Jana Wang Dari Hartanah Anda
-
Beli dan Sewa
Umum diketahui dan dilakukan oleh ramai orang, anda juga boleh membeli dan menyewakan rumah kepada orang lain.
Anda boleh menggunakan laman portal seperti iBilik, Mudah, iProperty ataupon menggunakan khidmat agen hartanah seperti Shukri Zohari bagi sebarang hal penyewaan atau menjual rumah anda.
Apabila jadi tuan rumah, anda akan berdepan dengan pelbagai ragam penyewa dari yang bersifat baik sehingga yang kurang baik seperti culas membayar dan merosakkan barang.
-
Sewa Sebagai AirBnB & Homestay
Selain itu, anda boleh jadikan rumah yang anda miliki menjadi homestay atau AirBnB. AirBnB lebih popular di kawasan bandar dan homestay popular di kawasan kampung dan sub-urban.
Keuntungan itu boleh dijana kerana sudah banyak tempat pelancongan yang strategik, perniagaan dan majlis-majlis akan diadakan.
Namun anda harus sedar, potensi mendapat pelanggan mungkin tidak tetap disebabkan persaingan dengan hotel, musim cuti dan perayaan dan tidak percaya menetap di AirBnB dan homestay.
-
Flipping / Beli – Jual
Flipping memberi makna rumah yang dibeli dan plan untuk dijual dengan cepat untuk dapatkan keuntungan. Ini merupakan pelaburan jangka masa pendek.
Pelabur akan membeli dengan harga yang rendah daripada pemaju, dan kemudiannya dijual selepas projek rumah telah siap dengan harga yang lebih tinggi.
Jangan Buat Kesilapan Ini Dalam Pelaburan Hartanah
-
Tiada Perancangan Jangka Panjang
Perkara melibatkan hartanah mesti difikirkan dengan mendalam dalam perancangan masa panjang dan pendek.
Pertama sekali, anda memerlukan modal untuk membayar kos-kos permulaan dan tanggungan yang lain sebelum, semasa dan selepas mendapatkan hartanah yang dibeli.
Duit juga diperlukan untuk melakukan renovation dan upah peguam atau ejen sepanjang proses itu berlaku. Sebab itulah, estimate wang yang bakal dibelanjakan dan lihat potensi lokasi tersebut untuk mengelakkan kerugian.
Antara kos yang anda perlu tahu dan rancang adalah:
- Kos-kos untuk pembelian seperti deposit rumah atau booking fee, duti setem dan lain-lain.
- Kos-kos penyelenggaraan hartanah (cukai pintu, cukai tanah, fi pengurusan bulanan).
- Kos guaman
- Kelayakan pembiayaan rumah
- Mengambil kira kesesuaian hartanah itu dengan keadaan kewangan anda
-
Tidak Menyelidik Prestasi Pemaju Hartanah
Sekarang banyak juga isu pemaju hartanah yang tidak bertanggungjawab di atas sebab tiada lesen, ada projek terbengkalai, gagal bayar saman tertunggak dan tak hormat Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).
Oleh itu, selidik terlebih dahulu di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara untuk maklumat lanjut.
-
Tidak Memahami Pelaburan Secara Teliti
Dalam soal hartanah, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan kerana ada pelbagai perkar ayang perlu diambil kira.
Semua jenis pelaburan ialah berisiko. Tapi, dengan strategi dan kajian sedikit sebanyak membantu anda untuk maju.
Anda boleh tanyakan pendapat dengan ejen hartanah, peguam hartanah, ejen insuran, dan pakar-pakar kewangan jika anda mempunyai sebarang keraguan.
-
Gagal Mengambil Kira Pasaran Hartanah
Berikut ialah faktor-faktor yang mempengaruhi nilai pelaburan anda. Antaranya:
- Keadaan pasaran hartanah semasa
- Undang-undang berkaitan hartanah
- Kawasan dan lokai hartanah
- Sistem percukaian yang diguna, dan semestinya;
- Cukai Keuntungan Harta Tanah
Kesimpulannya, nak jana duit dengan hartanah hanya nampak indah di luar sahaja. Tapi untuk mendapatkan pulangan yang berganda memerlukan ilmu dan modal yang banyak untuk anda invest.
Kumpul maklumat dan fahami gerak kerja di belakang tabir mengenai pelaburan hartanah agar anda tidak merana.
Jika anda ingin menjual atau menyewa rumah dimiliki dengan cepat, anda boleh dapatkan servis Shukri Zohari, ejen hartanah terkemuka di Malaysia!
Shukri Zohari, telah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah dan juga seorang pelabur.
Dari pengalaman berikut, beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 billion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang hartanah!
Antara servis yang ditawarkan adalah:
- Mendapatkan harga pasaran dari penilai hartanah untuk anda
- Pengiklanan dan promosi untuk hartanah milik anda di setiap platform
- Menguruskan Banker & Lawyer bagi urusan permohonan pembiayaan dan sebagainya
0 comments