beli rumah pertama

Anda ingin beli rumah pertama tak lama lagi?

Perancangan untuk beli rumah pertama semestinya bermain di dalam fikiran semua individu terutamanya bagi mereka yang pertama kali ingin membelinya.

Perkara untuk membeli rumah merupakan perkara yang serius dan anda pasti mempunyai banyak persoalan dan perkara untuk diketahui sebelum membuat keputusan.

Kami akan kongsikan tips untuk membeli rumah buat kali pertama bagi memudahkan perjalanan anda! Teruskan membaca.

 

Panduan Beli Rumah Pertama

  • Kaji Hartanah di Malaysia

beli rumah pertama

Hal  yang utama sekali ialah kaji hartanah yang ada di Malaysia. 

Anda boleh ketahui jenis-jenis rumah,rumah subcon atau subsale, kadar faedah pinjaman yang ditawarkan, caj-caj yang akan dibayar semasa dan selepas membeli rumah, dan sebagainya. 

Penting juga untuk menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai dan mempunyai masalah.

  • Rumah Yang Sesuai Dengan Gaji

Ini hal yang sangat penting! Anda perlu ukur baju di badan sendiri sebelum membuat keputusan agar tidak menyusahkan diri pada masa hadapan. 

Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih dari satu pertiga dari pendapatan isi rumah. 

Jadi, tidaklah anda rasa terbeban dengan perbelanjaan bulanan.

 

  • Ada Pendapatan Tetap

Memiliki pendapatan tetap ada kelebihan yang lebih bagus untuk meyakinkan mata pihak bank. 

Untuk pengetahuan anda, mempunyai pendapatan tetap dapat memudahkan anda melakukan pembayaran balik pinjaman perumahan dan merancang perbelanjaan. 

 

  • Periksa Status CCRIS dan CTOS

Anda boleh periksa status kredit di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Sentral (CCRIS) atau Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) untuk melihat tunggakan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli dan status muflis.

Anda boleh layari website di sini. 

 

  • Jenis Rumah

Di Malaysia, ada banyak jenis rumah seperti subsale dan subcon. Rumah teres, banglo, kondominium dan sebagainya.

Sebagai permulaan, anda boleh consider untuk beli rumah yang kecil terlebih dahulu bagi menyesuaikan diri dengan gaji yang ada. 

Anda boleh fokuskan dengan membeli barangan perabot dan kelengkapan yang lain.

 

  • Tempat Yang Strategik

tempat yang strategik

Tempat salah satu perkara yang akan ramai orang consider. Sama ada dekat dengan tempat kerja, berdekatan dengan bandar dan sekolah anak, ada kemudahan seperti mall dan kedai runcit dan sebagainya.

Tepuk dada tanya selera. Utamakan perkara yang penting kerana anda yang akan hadap perkara itu jika ambil keputusan untuk membeli rumah di kawasan tersebut. 

 

  • Status Tanah

Jangan lupa untuk ketahui pegangan tanah bakal rumah anda sama ada ia freehold atau leasehold.

 

  • Kos-kos Hartanah

beli rumah pertama

Pembelian rumah akan membuatkan anda membayar perkara seperti yuran guaman, duti setem, yuran penilaian rumah, cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya.

Bagi yang membeli rumah apartment atau kondominium, anda perlu membayar kos insurans dan kos selenggara kemudahan dan bangunan. 

 

  • Fahami dan Research

Yang paling penting sekali adalah anda wajib fahami dan meneliti semua dokumen jual-beli rumah yang berkaitan. Jika anda tidak faham, anda boleh tanyakan peguam atau ejen hartanah yang anda sedang deal. 

Segala dokumen perjanjian jual-beli rumah yang sudah ditandatangan akan menjadi bukti jika sesuatu perkara terjadi. 

 

Rumah Mampu Milik di Malaysia

beli rumah pertama

Di bawah merupakan senarai rumah mampu milik yang ada di Malaysia. 

  • Skim Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA)

Setiap unit jualan diletakkan pada kadar RM 100 ribu ke maksima RM 400 ribu yang mensasarkan golongan pertengahan.

Pemilik tidak dibenarkan untuk menyewanya dan diwajibkan untuk tinggal di kediaman yang diperolehi. 

Hanya selepas 10 tahun pemilikan, barulah dibenarkan untuk penjualan semula kediaman.

 

  • Rumah Selangorku

Skim perumahan projek Rumah mampu milik Selangorku merupakan perumahan khas untuk penduduk negeri Selangor dan dijual dengan RM42 ribu ke RM250 ribu sahaja. 

Rumah ini disasarkan kepada golongan yang berpendapatan RM 3000 ke RM 10 ribu isi rumah sebulan dan mereka wajib duduk di negeri Selangor.

Dalam tempoh 5 tahun pertama, Rumah Selangorku ini tidak dibenarkan untuk dijual dan larangan untuk sebarang penyewaan.

 

  • Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan rumah mampu milik untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah yang menetap di negeri Johor.

RMMJ mempunyai 5 kategori iaitu:

  • Rumah Mampu Biaya A (RMB A): RM42,000
  • Rumah Mampu Biaya B (RMB B): RM80,000
  • Rumah Mampu Biaya C (RMB C): RM150,000
  • Rumah Mampu Biaya D (RMB D): RM250,000-RM300,000
  • Kedai Kos Sederhana (KKS): RM200,000

Anda boleh memohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di sini.

 

  • Skim MyHome

Skim MyHome 2023 BSN dibangunkan dengan kerjasama pihak pemaju swasta bagi memberi banyak peluang untuk individu memilikinya.

Golongan yang bekerja sendiri atau pendapatan yang diperolehi tidak menentu adalah dipelawa untuk memohon.

 

  • Rumah Mampu Milik Rumawip

RUMAWIP adalah satu program pemilikan kediaman bagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah dan pertengahan dengan syarat, mempunyai isi rumah RM 15 ribu dan ke bawah.

RUMAWIP ini hanya dijalankan di Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan dan semua unit dijual dengan harga RM 52 ribu ke maksima RM 300 ribu.

Penyewaan tidak dibenarkan untuk RUMAWIP ini dan tidak juga dibenarkan untuk dijual dalam tempoh 10 tahun.

 

  • Rumah SaSar

Rumah SaSar pula memfokuskan kepada warga awam Kementerian Pertahanan, anggota tentera, dan veteran ATM untuk memiliki rumah sendiri.

  • Unit rumah Mampu Milik dan murah: Seunit RM150,000 sehingga RM250,000
  • Unit rumah Premium: Seunit RM350,000 sehingga RM400,000

Kesimpulannya, menjadi impian semua orang untuk mendapatkan rumah pertama yang menepati kriteria sendiri. Oleh itu, rancang kewangan dan gali ilmu mengenai hartanah bagi panduan panduan diri sendiri.

Jika anda sedang mencari ejen hartanah untuk bantu anda menjual atau menyewa rumah dengan cepat, anda boleh dapatkan servis Shukri Zohari, ejen hartanah terkemuka di Malaysia!

Shukri Zohari, telah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah dan juga seorang pelabur.

Dari pengalaman berikut, beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 billion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang hartanah!

Antara servis yang ditawarkan adalah:

  • Mendapatkan harga pasaran dari penilai hartanah untuk anda
  • Pengiklanan dan promosi untuk hartanah milik anda di setiap platform
  • Menguruskan Banker & Lawyer bagi urusan permohonan pembiayaan dan sebagainya

 

Tunggu apa lagi? Whatsapp Shukri Zohari di sini sekarang!

About the Author

Shukri Zohari berpengalaman dalam bidang hartanah selama sembilan (9) tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah jual beli.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>