Jadi ejen hartanah dan buat 5 angka sebulan

Cara Menjadi Ejen Hartanah

Jika anda terfikir nak jadi ejen hartanah, bacaan ini sesuai untuk korang. Saya cuba terangkan dengan lengkap dari sudut berbeza tentang kerjaya ni. Cara ini lebih kurang untuk mereka yang jadikan kerjaya ejen hartanah sebagai part time mahupun full time.

Bagaimana Cara Jadi Ejen Hartanah

Pertama sekali adalah pendaftaran ke agensi hartanah berdaftar. Anda kenalpasti career path anda di agensi tersebut dan terus rangka pendapatan anda untuk bulan-bulan akan datang.

 

Kemudian anda terus register untuk ke NCC (Negotiation Certificate Course). Di sini anda akan belajar beberapa perkara tentang kerjaya perunding hartanah serta peraturan serta panduan sebagai perunding hartanah berdaftar.

 

Selepas itu syarikat agensi anda akan bantu anda untuk anda peroleh REN Tag dan anda terus boleh jadi perunding hartanah berfaftar. Selepas dapat REN Tag ni jangan ambil masa lama untuk buat sale kerana setiap syarikat ada quota yang mereka kena patuhi.

 

Kalau anda nak pilih agensi hartanah yang bagus, pastikan anda baca artikel DI SINI dulu.

 

Cara Kiraan Komisen Ejen Hartanah

Komisen REN atau ejen hartanah ini telah di standard kan sehingga 3% bagi hartanah berstatus subsales. Ia itu bagi urusan jual beli hartanah siap. Saya bagi contoh kiraan komisen bagi seorang ejen hartanah baru seperti di bawah.

 

Katakan anda berjaya menjual hartanah bernilai RM500K, komisen anda adalah seperti berikut:

RM500K x 3% = RM15,000 x 60%
= RM9,000

 

So total anda dapat adalah RM9,000. Belum masuk komisen lain lagi dari hasil jualan 1 rumah ni. Boleh dapat tambahan lagi RM2,500 juga. So satu rumah harga RM500K boleh dapat pendapatan sebanyak RM11,500.

Dan selalunya dari pendapatan ni korang boleh cipta banyak jenis sumber kewangan lain seperti dari pelaburan hartanah, recruitment, dan banyak lagi. Ada di antara ejen hartanah ni pencen seawal 3 tahun dalam industri kerana ingin fokus dalam pelaburan bisnes dan hartanah yang mereka lakukan.

 

Tapi cabarannya adalah korang kena mengorbankan beberapa perkara seperti weekend korang. Sebab kebanyakannya orang nak tengok hartanah petang selepas kerja dan weekend. Hari biasa ni kebiasaannya untuk mereka yang berbisnes sahaja. Kadang-kadang jika appointment penuh nak makan pun agak terkejar juga.

 

Jadi ejen hartanah ni tak semudah yang disangka. Saya tak nafikan banyak juga cabaran dalam bidang ni. Antara cabaran nya adalah cabaran dalam proses jual beli. Klien anda tiba-tiba inform tidak jadi beli, pinjaman tidak lepas, dan lain-lain. Tapi bagi saya mana-mana bidang pun ada masalah dan sebab itulah industri itu bertahan untuk menyelesaikan masalah.

 

Cabaran kedua adalah konsisten. Sebagai ejen hartanah perkara yang anda paling inginkan adalah kosistensi dalam jualan selain peningkatan. Kita perlu sentiasa upgrade ilmu, sistem, dan cara kerja dari masa ke semasa.

 

Selain itu sebagai ejen hartanah ni korang kena rancang kewangan dengan baik. Tak dinafikan pendapatan lumayan yang cepat dalam masa setahun kita boleh dapat. Tapi korang kena tahu nak invest dan simpan duit anda ke tempat yang betul kerana ejen hartanah ni tak sama macam insurans atau takaful yang klien bayar tiap bulan selama 6 tahun dapat komisyen selagi klien bayar. Ejen hartanah hanya dapat sekiranya sesebuah transaksi tu berjaya dijual sahaja.

 

Pengetahuan dalam jual beli hartanah juga boleh kita consider sebagai cabaran. Setiap hartanah berbeza cara untuk  diselesaikan tapi kita ada peguam professional, banker dan juga leader dalam agensi yang boleh bantu anda.

 

Tapi kerjaya ni la yang paling cepat bantu saya mengumpul modal untuk bisnes lain. So saya tak menyesal buat bidang ni. Hehe..

 

Full Time VS Part Time Ejen Hartanah

 

 

Cara Menjadi Ejen Hartanah

 

Pilihan sama ada nak jadi ejen full time atau part time ni sebenarnya bergantung kepada diri anda sendiri. Jika masih bekerja dan risau jika berhenti tak boleh bayar komitmen saya cadang buat part time dulu. Yang paling penting korang selesaikan komitmen keluarga dan dengan bank dulu sebelum nak buat full time.

 

Tak dinafikan kerjaya ejen hartanah ni boleh bantu kita kumpul modal paling pantas berbanding ejen lain secara puratanya. Tapi anda harus rancang sebaiknya kewangan anda supaya anda dapat tampung perbelanjaan anda sepanjang menjadi ejen hartanah.

 

Antara kekurangan menjadi ejen hartanah secara part time ni:

 

Fokus Pada Kerjaya

Untuk fokus pada kerjaya ni perlukan disiplin yang tinggi. Anda kena pandai merancang masa dan menggunakan internet serta smartphone sepenuhnya untuk berjaya dalam bidang ini.

 

Konfiden Klien

Selalu soalan pelanggan atau klien adalah buat part time atau full time? Soalan ni nak test kita sama ada serius atau tidak dalam membantu proses jual beli hartanah mereka. Bidang ni adalah bidang professional dan seperti doctor gigi, pastinya kita pilih sepenuh masa dan berpengalaman. Betul?

 

Masa

Sekiranya anda menjadi ejen hartanah secara part time, anda kena pandai bahagikan masa dengan keluarga kerana hujung minggu anda kebiasaannya dipenuhi aktiviti menjual hartanah.

 

Networking

Jika anda part time, masa anda untuk bernetwork dengan ejen lain dan orang lain akan jadi sangat terhad. Kerjaya ejen hartanah ni adalah urusan melibatkan manusia dan dasar kepercayaan. Lebih banyak anda bernetwork lebih tinggi tahap kepercayaan orang terhadap anda.

 

Kesimpulannya jika anda berkeyakinan buatlah full time. Tapi jika tidak buatlah part time seperti full time. Sebab kita berada di zaman teknologi, semua boleh melalui telefon.

 

Tapi hampir semua ejen hartanah yang berjaya adalah dari full time. Dan sangat sayang kalau anda sudah full time tapi tidak maksima kan lagi pendapatan sebagai ejen hartanah. Sudah pasti jika kita bandingkan antara full time dan part time, sudah pasti result sales seorang full time lebih baik berbanding part time.

 

Skop Kerja Yang Wajib Bagi Ejen Hartanah

Sebagai seorang ejen hartanah, tugasan kita secara amnya adalah untuk menjual hartanah. Tapi saya ingin terangkan kepada anda secara terperinci kerja ejen hartanah ini dari awal sehingga selesai.

 

Cari Prospek Untuk Menjual Hartanah

Cara menjadi ejen hartanah yang penting? Pertama sekali adalah mencari prospek untuk menjual hartanah. Terdapat pelbagai cara untuk mencari prospek untuk menjual hartanah.

 

Antaranya juga adalah melalui aktiviti cold-calling, permintaan dari referral, online dan lain-lain medium.

 

Semak Nilai Pasaran & Harga Pasaran Semasa

Kemudian, semak nilai hartanah semasa dan harga pasaran terkini orang jual. Jika klien nak jual terlalu tinggi dari harga pasaran dan pesaing selalunya saya abaikan. Melainkan rumah tersebut unik.

 

Jika anda decide untuk ambil unit tersebut untuk dijual, anda harus memujuk dan yakinkan klien untuk menurunkan harga mengukit permintaan semasa demi membantu beliau menjual hartanah tersebut.

 

Buat Inspection Rumah Untuk Dijual

Selepas itu anda kena membuat inspection. Selalu ketika inspection ni anda kena ambil detail hartanah tersebut sebelum anda lakukan aktiviti jualan. Detail yang kebiasaanya anda harus ambil adalah jenis milikan, size binaan dan tanah, kos renovasi, dan lain-lain.

 

Seterusnya anda akan ambil gambar rumah tersebut untuk diiklankan dan anda terangkan kepada pemilik proses jual beli serta kos terlibat.

 

Bernetwork Dengan Ejen Hartanah Lain

Setelah anda diamanahkan untuk menjual hartanah ni, saya sarankan anda bernetwork dengan ejen lain supaya mereka boleh bantu anda untuk menjual hartanah tersebut. Dengan pengalaman ejen-ejen lama yang lain, ia lebih memudahkan anda untuk membantu klien anda untuk menjualkan hartanah mereka.

 

Marketing Untuk Menjual Rumah Klien

Seterusnya aktiviti pemasaran. Pemasaran ini terdapat 2 jenis iaitu online dan offline. Jika online anda akan pasarkan ke medium pengiklanan hartanah serta social media. Offline pula melalui flyers, banner, dan networking.

Ini salah satu perkara penting cara menjadi ejen hartanah yang bijak. Marketing kena power. Saya suggest anda baca artikel disini kalau anda nak tahu cara lebih untuk buat duit dengan ejen hartanah.

 

Membantu Pembeli Memohon Pinjaman

Kemudian anda harus membantu pembeli untuk membuat permohonan pinjaman. Hubungan baik dengan banker akan memudahkan lagi urusan permohonan pembiayaan tersebut.

 

Membantu Klien Untuk Merujuk Kepada Peguam Yang Dipercayai

Setelah pembiayaan pembeli telah lulus, anda harus merujuk klien anda kepada peguam untuk proses urusan perjanjian jual beli. Anda juga kena pastikan perjanjian jual beli dalam keadaan adil dan tidak berat sebelah serta dipersetujui kedua-dua penjual dan pembeli.

 

Secara ringkasnya, Ejen Hartanah perlu lakukan:

– Memberi nasihat tentang proses jualan dan kos terlibat kepada pemilik hartanah.
– Membantu penjual dapat pembeli yang berkualiti
– Membantu pembeli memiliki rumah yang mereka inginkan mengikut kelayakan mereka.
– Bantu pembeli mendapatkan pinjaman dengan pihak bank dan lain-lain

 

Kenapa Saya Pilih Menjadi Ejen Hartanah

Sebelum saya teruskan sebenarnya ada beza terma ejen hartanah dan perunding hartanah di Malaysia. Terdapat beberapa terma yang membezakan mereka ini iaitu REN, PEA, & REA.

 

Yang saya maksudkan dalam artikel ini adalah khusus untuk REN atau perunding hartanah. Cuma terma ejen hartanah digunakan kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu perbezaan kerjaya ini dan untuk memudahkan orang ramai faham.

 

Saya memilih kerjaya ejen hartanah ini selepas beberapa tahun saya bekerja sebagai banker dan juga eksekutif jualan di syarikat pemaju.

 

Faktor utama saya melibatkan diri dalam bidang ini adalah kerana ingin kan duit extra untuk kehidupan yang lebih selesa sebenarnya. Jika nak harapkan gaji sebagai jurujual di bank basic agak rendah dan komisyen berbanding hasil kerja yang diperolehi agak mencabar.

 

Bagi saya untuk dapatkan komisyen dari keraya ejen hartanah ini lebih kurang kerja berbanding saya kerja di bank dulu. Sebab itu saya berpindah kerjaya saya ke bidang ini sepenuh masa.

 

Dari kerjaya ini saya dapat belajar banyak perkara tentang kewangan, hartanah dan bernetwork dengan ramai orang yang lebih berjaya. Tentang hasil kita boleh pm tepi ya.

 

Jadual Ejen Hartanah

Ejen hartanah ni kerja kebanyakannya adalah pada hujung minggu. Hari biasa lebih kepada networking, update klien, dan jika ada viewing pun pada petang atau malam nya. Korang boleh tengok vlog saya tentang aktiviti seharian saya sebagai ejen hartanah.

 

 

Kelebihan Jadi Ejen Hartanah

Ada banyak sangat kelebihan jadi ejen hartanah ni. Pertama sekali kitalah antara orang terawal yang tahu lubuk-lubuk pelaburan baik dalam hartanah. Jauh beza murah dari market jual.

 

Jadi ejen hartanah ni selain income lumayan, kita juga dapat tambah pendapatan kita ada dari pelbagai sumber. Antaranya pelaburan, guaman, kontraktor, bank, recruitment dan lain-lain lagi. Dan tak dinafikan ramai juga ejen hartanah yang berpendapatan melebihi seorang Menteri di Malaysia.

 

Ejen hartanah juga ada masa yang fleksibel, kita boleh bekerja bila-bila masa tapi saya tak nafikan lagi fleksibel, kita kena lebih disiplin berbanding orang bekerja makan gaji. Pengurusan masa sangat penting sebagai ejen hartanah.

 

Selain membantu diri sendiri menjana pendapatan dari bidang ini, anda juga sebenarnya membantu klien mendapatkan rumah idaman mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

 

Jadi ejen hartanah ni modalnya agak rendah berbanding perniagaan lain. Dan pulangan nya juga agak pantas.

 

Punca Kegagalan Seorang Ejen Hartanah

Kegagalan ejen hartanah ni mudah je nak tahu. Pertama sekali ejen hartanah ni gagal sebab tak dengar cakap leader. Apa leader cakap semua nak lawan sedangkan satu rumah pun tak pernah jual.

 

Kedua, gagal berpunca dari pengurusan masa yang teruk dan tidak fokus. Hari-hari acah-acah sibuk tapi sebenarnya satu perkara pun tidak selesai. Dan kebanyakannya yang gagal sebab perkara ni mereka yang terlalu banyak fikir tapi takde tindakan.

 

Ketiga, cepat sangat give-up. Baru cuba jual 1 rumah dah give up. Terus putus asa dah taknak buat lagi.

 

Bagaimana Nak Berjaya Sebagai Ejen Hartanah

Sejujurnya berjaya ini agak subjectif bagi setiap orang. Tapi bagi saya, jika anda boleh konsisten sales dan ada peningkatan dari segi pendapatan, sales, network, dan pengalaman itu dah dikira berjaya fasa pertama dalam bidang ni.

 

Syarat untuk berjaya ni sebenarnya agak mudah. Tapi nak buat tu agak sukar. Caranya adalah ikut satu-satu apa yang ejen hartanah berjaya lakukan. Dari segi cari pelanggan sampailah jualan.

 

Saya suka gunakan formula (5M + T) sebagai panduan untuk mula menjual. Pertama kali anda perlukan “T” iaitu time, masa. Jika taka boleh luangkan masa untuk kerja ejen hartanah ni memang anda tak boleh buat.

 

Kemudian and perlukan ‘5M’. M pertama adalah ‘manpower’ atau kederat untuk bekerja. Kalau anda takde kemampuan untuk bekerja memang tak boleh leader anda tolong. Cuba tengok vlog saya kat bawah ni bagaimana sahabat saya Haqimie jual rumah walaupun dia seorang OKU, kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan.

 

 

M kedua adalah ‘method’. Anda perlukan cara yang betul untuk berjaya sebagai perunding hartanah. Kalau cara anda salah pun anda tidak akan dapat hasil yang anda inginkan.

 

M seterusnya adalah ‘material’ iaitu anda perlukan barang untuk and jual. Pastikan korang tahu macam mana nak dapatkan list rumah untuk disewakan dan untuk dijual. Jika anda jual hartanah siap atau projek pemaju, pastikan anda tahu secara lengkap apa yang anda jual.

 

M seterusnya adalah ‘machine’. Mesin yang boleh bantu kita untuk lakukan kerja. Bagi kerjaya ni mesin paling penting adalah telefon bimbit. Sebab 90% dari kerja kita memerlukan telefon untuk ambil gambar hartanah, untuk kira-kira kos serta bulanan bayaran dengan bank dan lain-lain lagi. Jika anda ada komputer adalah satu lagi kelebihan.

 

M terakhir adalam ‘money’, tak dinafikan untuk apa-apa bisnes untuk berkembang kita perlukan modal. Lebih-lebih jika pelanggan sudah ramai. Kita perlu spend lebih untuk marketing, beli sistem, dan lain-lain lagi. Tapi saya ingin tekankan supaya anda jangan jangan jadikan alasan modal semata-mata untuk anda lakukan sesuatu perkara. Mulakan dari 0 kos atau kos rendah sebelum anda berbelanja apa-apa.

 

Saya harap perkongsian saya di atas dapat membantu anda tentang kerjaya ejen hartanah ini.

 

 

About the Author

  • Tuan,

    Sy ada pertanyaan..Untuk komisen sewa, dpt one off atau based on tempoh sewaan hartanah tersebut?

    Sekarang ni Malaysia terkesan dengan pandemic covid-19, adakah pendapatan Ejen Hartanah juga turut terkesan? Atau masih ada transaksi penjualan/sewaan?

    -wanrahifah-
    DOSM

    • komisyen sewa adalah di antara 1 bulan ke 1.75 bulan jika tidak silap saya. pempayaran adalah one off sahaja ketika dapat penyewa tersebut.

      tentang keadaan semasa covid-19 sudah tentu kerjaya ejen hartanah ini juga terkena kesannya seperti bidang lain. tetapi terdapat aktiviti-aktiviti yang kita boleh lakukan ketika dalam tempoh ini seperti update website, call klien dan siapkan content sebelum kita push semula untuk menjual.

  • Tuan, Saya nak tanya tentang proses Step by step jual rumah daripada both side owner and buyer .. macam mana nak handle ya ?Apa step step yang perlu dilakukan ? Tq..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >