pinjaman perumahan

Membuat pinjaman perumahan merupakan satu langkah yang diambil oleh ramai terutama bagi mereka yang membeli rumah buat pertama kali.

Ini kerana ia membolehkan anda untuk membeli rumah tanpa membayar sekaligus dan boleh bayar secara ansuran dengan pinjaman tersebut. 

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang ingin beli rumah buat pertama kali, anda berada di tempat yang sesuai!

Kami akan menerangkan kepada anda semua tentang pinjaman perumahan serta perkara dan cara yang anda perlu tahu semasa memohonnya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat lanjut.

 

Apa Itu Pinjaman Perumahan?

pinjaman perumahan

Sebelum tahu cara memohon pinjaman perumahan, mari kita belajar tentang apa itu pinjaman jenis ini.

Pinjaman perumahan secara amnya adalah jenis pinjaman bank yang anda dapat bagi membayar pembelian rumah. Ia juga dikenali dengan nama pinjaman pokok atau juga prinsipal.

Jumlahnya akan ditambah dengan faedah yang anda perlu bayar. 

Pada setiap bulan, sebahagian dari bayaran bulan anda adalah untuk membayar rumah dan sebahagian lain untuk dibayar kepada bank.

Faedah ini adalah caj atau kos yang dikenakan kepada anda kerana anda membuat pinjaman dengan mereka.

Anda perlu membayar pinjaman perumahan pada waktu yang telah ditetapkan oleh bank supaya tiada masalah berlaku.

 

Perkara Penting Sebelum Buat Pinjaman Perumahan

pinjaman perumahan

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda perkara-perkara yang anda perlu melakukan sebelum membuat pinjaman perumahan.

Satu perkara yang wajib anda melakukan untuk memastikan anda dapat rumah idaman anda adalah untuk memeriksa jumlah pinjaman perumahan yang anda boleh buat.

Jumlah maksimum yang anda boleh buat adalah berdasarkan pendapatan anda dan juga hutang yang anda mungkin ada dari pinjaman lain.

Semua ini memainkan peranan semasa anda membuat permohonan pinjaman perumahan di bank.

Untuk pengetahuan anda, jumlah pinjaman akan ditentukan dengan nisbah Loan-To-Value (LTV) atau margin pembiayaan. 

Nisbah yang dikenakan akan dipengaruhi oleh banyak faktor seperti sebab anda beli rumah (sama ada pelaburan atau rumah pertama) dan juga lihat jika anda mempunyai pinjaman lain.

Jika anda membeli rumah buat pertama kali, anda boleh mengguna skim Malaysia Rumah Pertamaku yang membantu pembeli kali pertama dapat pinjaman penuh atau LTV 100%.

 

Jenis Pinjaman Perumahan

jenis pinjaman perumahan

Bagi mereka membuat pinjaman perumahan pertama kali, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak jenis pinjaman yang anda boleh mohon. Berikut adalah jenis pinjaman-pinjaman yang ada:

 

  • Pinjaman Berkadar Tetap

Ini adalah pinjaman yang sesuai bagi mereka yang risau dengan kadar terapung. Kadar faedah bagi jenis pinjaman perumahan ini adalah tetap bagi seluruh tempoh perjanjian dengan bank.

Tetapi, ia sedikit berbeza dengan kadar faedah jenis lain kerana kadarnya lebih tinggi.

 

  • Pinjaman Separa Boleh Ubah

Pinjaman perumahan ini merupakan pinjaman yang biasa dimohon oleh ramai orang di Malaysia kerana ia fleksibel berbanding pinjaman lain.

Jika anda mempunyai duit berlebihan dan ingin bayar lebih pada bulan-bulan tertentu, pinjaman ini membolehkan anda membuat begitu.

 

  • Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman jenis ini pula membolehkan anda untuk mengeluarkan semula pembayaran awal yang anda buat tanpa dikenakan bayaran penalti atau denda.

Ini boleh dilakukan jika terdapat perkara seperti kecemasan.

 

  • Pinjaman Bertempoh

Seterusnya adalah pinjaman bertempoh yang sangat berbeza dengan pinjaman di atas kerana ia tidak fleksibel.

Anda tidak boleh mengurangkan tempoh dengan bayar lebih atau awal kerana perlu mengikut perjanjian dan tarikh yang telah ditetapkan.

 

  • Pembiayaan Perumahan Islam

Ini merupakan pinjaman perumahan yang sesuai bagi mereka mencari pinjaman yang berasaskan urus niaga yang tiada faedah tetapi ada kadar keuntungan .

Jenis pinjaman ini mengikut konsep Murabahah, Musyarakah, Mutanasiqah, Ijarah, Istisnaa, Musharakah, Tawarooq dan Bay’ Bithaman AL-Ajil di bawah prinsip syariah.

 

Cara Untuk Buat Pinjaman Perumahan

cara buat pinjaman perumahan

Berikut adalah cara yang anda perlu ikut semasa buat pinjaman perumahan.

1. Dapat Surat Tawaran

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah dapatkan surat tawaran atau borang jualan.

Anda perlu membuat perjanjian bersama ejen supaya dia melakukan surat tawaran supaya boleh tunjuk kepada bank. 

Ini akan membantu anda untuk memulakan proses untuk membuat pinjaman perumahan.

 

2. Sediakan Dokumen Penting

Jika anda bersedia ke bank untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting. Berikut adalah dokumen tersebut.

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Slip gaji terkini untuk 3 bulan.
  • Penyata bank terkini untuk 3 bulan.
  • Penyata tahunan KWSP.
  • Borang EA (jika perlu).
  • Surat pengesahan bekerja daripada majikan.
  • Dokumen sokongan seperti penyata ASB, Tabung Haji dan lain-lain.

Ini merupakan dokumen yang perlu disediakan bagi mereka yang bergaji bulanan. Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, berikut adalah dokumen yang perlu ada:

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Bukti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Borang B dengan resit cukai.
  • Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan (audit 2 tahun).

Terdapat juga dokumen tambahan seperti simpanan bank, pelaburan ASB/Tabung Haji yang boleh membantu anda untuk menaikkan kelayakan anda dapat pinjaman bank.

 

3. Dedahkan Pendapatan Lain

Jika anda adalah seorang yang mempunyai pendapatan sampingan seperit bisnes atau rumah sewa, anda perlu dedahkan perkara itu kepada bank.

Ini kerana ia boleh membantu anda untuk memohon jumlah maksimum yang lebih tinggi.

Anda juga perlu tunggu untuk masa pemprosesan kerana bank akan mengambil masa untuk memastikan jika permohonan anda akan lulus atau tidak.

 

4. Penilaian Hartanah

Anda juga disarankan untuk membuat penilaian hartanah supaya nilai jualan dan nilai pasaran tidak jauh. Ini untuk memastikan anda tidak ditipu semasa membuat pinjaman perumahan.

Anda boleh mencari penilai hartanah berdaftar untuk membantu anda dalam proses ini.

 

5. Memilih Jenis Pinjaman

Jika anda dapat panggilan bahawa pinjaman lulus, anda perlu memilih jenis pinjaman yang anda ingin buat. Anda boleh rujuk bahagian atas artikel untuk perkara ini.

Semua jenis pinjaman perumahan ada kebaikan dan keburukkan. Oleh itu, pastikan anda kaji dengan betul-betul sebelum membuat keputusan.

 

6. Surat Persetujuan Bank

Selepas semua dokumen dan perkara sudah lulus dengan bank, anda akan dapat Surat Penerimaan (letter of acceptance) pinjaman bank yang perlu ditandatangani.

Setelah itu, anda boleh tandatangan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk proses pembelian rumah tersebut.

 

7. Pengeluaran Duit Pinjaman

Pengeluaran duit biasanya akan berlaku sekurang-kurangnya 3 bulan lepas tarikh tandatangan surat SPA dan surat penerimaan bank.

Kesimpulannya, proses memohon pinjaman perumahan adalah satu proses yang penting dan perlu diketahui bagi mereka yang membeli rumah. 

Ini sangat berguna terutamanya bagi mereka yang membeli rumah buat pertama kali.

Jika anda nak perlukan bantuan yang berkaitan dengan pembelian rumah pertama, Shukri Zohari pasti boleh bantu anda! 

Shukri Zohari merupakan ejen hartanah yang sudah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun.

Sepanjang 9 tahun itu, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah serta seorang pelabur. 

Beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 bilion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini. 

Apa yang anda boleh dapatkan dari servis Shukri Johari?

  • Anda akan dapatkan harga pasaran dari penilai hartanah
  • Hartanah milik anda akan diiklankan dan dipromosikan di setiap platform
  • Urusan pembiayaan dan sebagainya dengan pihak bank dan peguam akan diuruskan

 

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Kami Di Whatsapp! 

About the Author

Shukri Zohari berpengalaman dalam bidang hartanah selama sembilan (9) tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah jual beli.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>