Bagi mereka yang sudah biasa dengan proses pembelian rumah atau baru sahaja bermula, sudah pasti anda biasa berurusan dengan ejen hartanah.
Mereka memainkan peranan yang sangat penting kerana boleh membantu untuk mencari rumah idaman anda. Anda hanya perlu berikan berikan kerjasama dan menetapkan kriteria rumah yang diinginkan .
Tetapi awas, jika tersalah langkah dan tidak diselidik, anda akan berjumpa dengan scammer yang menyamar sebagai ejen hartanah.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda apa itu ejen hartanah dan cara untuk kenalpasti jika mereka ejen yang betul atau tipu.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Info Ringkas Ejen Hartanah
Secara mudahnya, ejen hartanah adalah individu berlesen yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH).
Mereka akan diberi lesen jika dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mengikuti kursus di Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).
Di kursus ini, mereka akan belajar perkara-perkara yang penting yang perlu diketahui oleh ejen hartanah.
Selepas tamat kursus, mereka akan mendapat sijil pengiktirafan.
Namun, sijil dan lesen tersebut boleh ditarik balik jika mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Apa Beza Perunding Hartanah (REN) & Ejen Hartanah (REA)?
Selain dari ejen hartanah, terdapat juga perunding hartanah yang memainkan peranan penting dalam industri ini.
Perunding hartanah bertugas sebagai orang tengah antara pembeli dan pihak bank. Mereka akan membantu anda dalam urusan berkaitan dengan jual beli hartanah.
Satu perbezaan yang besar antara perunding hartanah dan ejen hartanah adalah dari segi kelayakan mereka.
Bagi perunding hartanah, mereka tidak boleh menubuhkan agensi sendiri dan perlu bekerja bawah firmah hartanah yang berdaftar.
Namun bagi ejen hartanah, mereka mempunyai kelayakan untuk menubuh firma sendiri dan boleh mengambil perunding hartanah sebagai staf mereka.
Ini kerana ejen hartanah mempunyai sijil dan lesen yang kami telah ceritakan sebelum ini. Oleh itu, mereka lebih layak dan mahir mengenai industri ini.
Jika anda ingin menceburi industri hartanah tetapi tidak mempunyai sijil atau lesen, menjadi perunding hartanah mungkin adalah pilihan sesuai untuk anda.
Elak Dari Ditipu Scammer!
1. Hologram LPPEH
Satu perkara yang sangat senang untuk menentukan jika ejen hartanah itu betul atau tidak adalah hologram Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH).
Hologram tersebut akan berada di atas tag mereka. Ia sama untuk ejen hartanah dan juga perunding hartanah.
Bagi ejen hartanah, tag mereka warna mereka biru manakala bagi perunding hartanah adalah warna merah.
2. QR Code
Selain dari hologram di atas tag, individu yang berdaftar juga akan mempunyai QR code. Ini untuk membolehkan untuk lihat profil mereka.
Di sini, ia akan menunjukkan maklumat mengenai mereka seperti gambar mereka. Anda boleh lihat jika gambar sama dengan profil kerana terdapat mereka yang mungkin curi tag tersebut.
3. Cari Nama Syarikat
Jika anda berunding dengan perunding hartanah, seperti yang kami menyatakan, mereka tidak boleh bekerja sendiri dan perlu berdaftar bawah firma.
Oleh itu, anda boleh tanya mereka nama syarikat untuk memastikan mereka betul atau tidak.
Sekiranya mereka cakap mereka bekerja sendiri tetapi mempunyai tag merah, ia adalah tanda yang tidak bagus dan anda disarankan untuk tidak berurusan lagi bersama mereka.
4. Komisen Ejen
Untuk pengetahuan anda, komisen maksimum di Malaysia yang telah ditetapkan oleh Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) adalah 3%.
Ini untuk memastikan tidak ada ejen atau perunding yang mengenakan caj yang melampau.
Jika ejen meminta komisen lebih dari 3%, ia mungkin tanda besar bahawa mereka hanya menyamar kerana mereka boleh dikenakan tindakan jika meminta lebih.
Sekiranya ejen tersebut berdaftar, anda boleh membuat laporan kepada syarikat mereka kerana mereka mencuba untuk menipu anda.
5. Lihat 4 Perkara Ini
Menurut MIEA, terdapat 4 perkara yang anda perlu lihat untuk memastikan jika ejen hartanah tersebut berlesen atau tidak. Perkara tersebut adalah seperti berikut:
- Nombor e-pendaftaran firma hartanah dengan LPPEH.
- Nama REA/REN berkaitan.
- Nombor pendaftaran REA/REN berkaitan.
- Maklumat untuk dihubungi.
Jika terdapat perkara yang pelik atau tidak cukup, anda dinasihatkan untuk tidak berurusan lagi kerana ia mungkin adalah scam.
Kesimpulannya, mencari ejen hartanah yang berlesen sangat penting untuk memastikan anda tidak tertipu dan proses jual beli rumah anda berjalan dengan lancar.
Shukri Zohari adalah sebuah agensi hartanah yang bukan sahaja mengutamakan jualan semata-mata. Kami juga boleh membantu anda berkaitan penjualan dan pembelian rumah.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau ingin maklumat yang lebih lanjut, sila ke laman web kami di sini.
0 comments