Proses mencari kawasan untuk sewa rumah adalah satu proses yang rumit dan perlu perhatian supaya anda cakna dengan proses yang harus dilakukan dan tiada masalah berlaku.
Ini kerana, terdapat ramai orang tertipu lalu menyebabkan mereka hilang duit dengan begitu banyak. Oleh itu, pastikan anda memahami proses ini supaya tidak tertipu.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua info-info penting tentang sewa rumah dan juga memberi anda beberapa tips supaya anda tidak tertipu.
Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Info Penting Mengenai Sewa Rumah
Satu perkara yang masih ramai orang berpendapat tentang sewa rumah adalah sewa merupakan perkara yang tidak bagus berbanding jika anda membeli rumah. Betul ke?
Sebenarnya, sewa rumah merupakan satu langkah yang bijak dan berjimat bagi mereka yang bekerja ataupun mempunyai keluarga kecil.
Terdapat pelbagai sebab dan salah satunya adalah kos dan komitmen yang jauh rendah berbanding mereka yang membeli rumah.
Biasanya, mereka yang sewa rumah hanya akan diminta untuk membayar deposit keselamatan dan deposit 1 atau 2 bulan semasa masuk rumah baru.
Ini sahaja yang diperlukan dan akan menjimatkan duit dengan banyak. Jika anda menjaga rumah dengan baik, maka deposit itu akan diberi semula sebaik sahaja anda keluar.
Jadi, anda bebas dan mempunyai pilihan fleksibel untuk berpindah rumah mengikut cita rasa anda.
Tapi, tidak boleh dikatakan untuk mereka yang telah membeli rumah kerana mereka sudah terikat dengan pinjaman rumah dan tidak boleh tinggalkan begitu sahaja.
Kami menasihatkan mereka yang baru sahaja bekerja untuk menyewa rumah berbanding membeli rumah supaya anda tidak akan mempunyai komitmen yang besar pada awal.
Tips Sebelum Menyewa Rumah
Di bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa tips yang anda boleh ikut supaya anda tidak terkena scam apabila ingin sewa rumah.
1. Lihat Sendiri Keadaan Rumah
Sebelum anda membuat apa-apa bayaran, anda dinasihatkan untuk pergi tengok rumah itu dengan mata sendiri supaya dapat jaminan kualiti.
Ini kerana, semakin ramai orang meletakkan iklan di media sosial sebagai cara untuk scam orang. Bagi mereka yang terdesak, mereka akan terus bayar tanpa melihat sendiri.
Jika anda mempunyai masa, jangan buat bayaran terus dan sila membuat temu janji dengan tuan rumah untuk melihat rumah tersebut.
2. Harga Terlalu Murah
Anda juga perlu membandingkan beberapa pilihan rumah supaya dapat tahu range harga bagi sewa rumah di sesebuah kawasan. Ini untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan harga tidak logik.
Scammer akan letak harga yang sangat baik untuk menarik orang ke iklan mereka. Mereka juga mungkin akan menggunakan gambar dari Google untuk menampakkan iklan nampak betul.
Jika anda membuat perbandingan, ia akan mengurangkan risiko untuk terkena scam kerana anda tahu julat harga bagi jenis rumah tersebut.
3. Mengguna Ejen
Bagi mereka yang tidak biasa dengan sewa rumah, anda juga boleh cari ejen untuk membantu mencari rumah yang sesuai untuk diri anda.
Mereka akan membuat kajian dan memberi anda pelbagai pilihan supaya anda dapat pilihan yang terbaik. Anda boleh mencari ejen yang mempunyai review bagus supaya tidak tertipu.
Ini kerana ramai menyamar sebagai ejen untuk mencuri duit. Oleh itu, pastikan ejen yang guna adalah seorang yang bertauliah dan boleh dipercayai.
Apa Perlu Buat Bila Masuk Rumah Sewa?
Setelah anda masuk rumah sewa, terdapat pelbagai perkara yang anda perlu buat. Antaranya adalah:
1. Kontrak Sewa
Kontrak adalah perkara yang penting kerana ia adalah bukti perjanjian anda dengan tuan rumah. Dengan itu, mereka tidak boleh naikkan sewa sesuka hati atau kos yang tersembunyi.
Pastikan anda mempunyai perkara ini sebelum anda masuk rumah kerana ia adalah dokumen yang sangat penting.
2. Kemudahan Lain
Sebelum anda masuk, sudah pasti telah berbincang dengan tuan rumah tentang kemudahan seperti WIFI, air panas, aircond dan sebagainya.
Setelah anda masuk, pastikan perkara yang anda bincang semua dalam keadaan yang bagus kerana ia adalah hak anda sebagai penyewa.
3. Periksa Kerosakan
Setelah anda sewa rumah, anda juga dinasihatkan untuk periksa semua benda seperti paip air, suis rumah untuk lihat jika terdapat kerosakan.
Ini kerana jika ia sudah rosak sebelum anda masuk, anda tidak perlu bayar kos untuk baiki kerana ia adalah tanggungjawab tuan rumah.
Namun jika anda baru sahaja perasan kerosakkan setelah sekian lama, tuan rumah mungkin akan menyuruh anda untuk membayar.
4. Rumah Bersih
Rumah yang anda baru sahaja sewa juga perlu dikemaskan dan dibersihkan oleh tuan rumah sebelum anda masuk.
Jika terdapat banyak kawasan di rumah dalam keadaan kotor, anda boleh meminta tuan rumah untuk membersihkannya kerana ia adalah tanggungjawab mereka sebelum anda masuk.
Kesimpulannya, proses sewa rumah adalah proses yang penting dan perlu perhatian yang tinggi supaya semua berjalan dengan lancar.
Buat anda yang perlukan bantuan ejen hartanah untuk menjual atau menyewa rumah, anda boleh dapatkan servis Shukri Zohari!
Jika anda masih belum menggunakan perkhidmatan Shukri Zohari, anda memang rugi!
Buat pengetahuan anda, Shukri Zohari sudah menceburi dalam bidang hartanah selama 9 tahun.
Sepanjang tempoh itu, beliau banyak melibatkan diri dalam pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, dan Jual Beli Rumah.
Jadi, pengalaman beliau dalam hal-hal berkaitan hartanah bukanlah sesuatu yang calang-calang.
Jangan tunggu lama lagi!
Dapatkan servis Shukri Zohari sekarang dengan klik pada pautan di bawah.
Saya Ada Hartanah Untuk Disewa Dan Perlukan Bantuan Shukri Zohari!
0 comments