tips beli rumah lelong

Rumah lelong adalah rumah yang dijual oleh seorang individu ataupun pihak bank secara lelongan untuk memindahkan hak harta benda.

Proses ini hanya boleh dikendalikan oleh pihak yang berlesen dan merupakan satu cara bagus bagi mereka yang mencari rumah baru.

Namun, ramai tidak tahu cara yang betul untuk membeli rumah lelong dan boleh menyebabkan mereka terkena scam dan hilang duit dengan banyak.

Dalam artikel ini, kami akan memberi anda beberapa tips yang anda boleh ikut apabila anda membeli rumah lelong. Teruskan membaca untuk mendapat maklumat yang berfaedah!

Cara Beli Rumah Lelong

tips beli rumah lelong

Berikut adalah beberapa perkara yang anda disarankan buat jika ingin membeli rumah lelong.

1. Membuat Penyelidikan

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai lelongan hartanah, pastikan anda membuat penyelidikan supaya dapat membandingkan beberapa pilihan.

Satu perkara yang sangat penting adalah lokasi. Anda perlu menyelidik supaya dapat jumpa rumah lelong yang dekat dengan kawasan yang anda suka.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa tidak semua lokasi sama harga kerana ada kawasan yang sudah membangun dan menyebabkan semua rumah mahal.

Oleh itu, anda disarankan untuk membuat penyelidikan dahulu sebelum memilih rumah lelong. Anda boleh check di sini untuk membuat perbandingan harga rumah lelong. 

2. Dapatkan Bantuan

Bantuan peguam juga sangat penting jika anda ingin memastikan proses beli rumah lelong anda selamat dan tidak terkena scam atau unsur tidak baik.

Mereka boleh membantu anda untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan cukai kerana ia adalah perkara yang sedikit rumit jika anda tidak biasa.

Peguam yang anda mengupah juga boleh membantu anda untuk membaca kontrak dan segala proses lain.

3. Proclamation of Sale (POS)

Jika anda ingin dapatkan butiran-butiran penting yang berkaitan dengan rumah lelong, anda boleh mendapatkannya melalui proclamation of sale (POS) daripada pihak pelelong.

Secara ringkasnya, POS ini merujuk kepada surat jualan yang mengesahkan sesuatu hartanah akan dilelong mengikut tarikh yang ditetapkan. 

Antara perkara penting yang perlu diketahui adalah status hak milik, harga rizab lelongan serta nombor lot hartanah. 

Selepas dapat tahu maklumat ini, anda boleh membuat kajian tambahan di internet supaya dapat membuat pilihan yang paling tepat.

4. Periksa Kawasan Rumah Lelong

Setelah mendapat alamat dan nombor lot, anda boleh ke kawasan tersebut untuk membuat pemeriksaan kawasan tersebut.

Ini untuk melihat jika kawasan tersebut adalah sesuai untuk anda. Ini penting untuk mereka yang berkeluarga kerana tidak semua kawasan sesuai untuk membesarkan anak.

Anda juga boleh mencuba rekod masa perjalanan dari rumah lelong itu ke tempat kerja anda supaya dapat tahu jika ia adalah lokasi yang strategik untuk anda.

5. Sediakan Wang Yang Mencukupi

Jika anda sudah dapatkan semua maklumat mengenai rumah lelong, anda perlu menyediakan sejumlah deposit yang mencukupi. 

Setiap hartanah lelong mempunyai jumlah deposit yang berbeza. Jadi, anda perlu rujuk pada proclamation of sales (POS) untuk mengetahui jumlah deposit yang diperlukan. 

Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai wang yang lebih kerana terdapat rumah lelong yang tidak berada dalam keadaan yang bagus dan perlu refurbish dan renovation

Selain itu, anda juga mungkin perlu mendahulukan tunggakan yang pemilik asal ada sebelum urusan jual-beli selesai. 

Baca Sini:

Proses Jual Beli Rumah di Malaysia

Elak Kena Scam Beli Rumah Lelong

tips beli rumah lelong

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa tips untuk anda elak scam ketika mencari rumah lelong.

1. Jangan Membuat Bayaran Lagi

Satu perkara yang sangat penting adalah supaya jangan membayar deposit sebaik sahaja anda dapat tawaran yang baik.

Ini kerana ia mungkin taktik untuk scammer mendapat duit anda dengan mudah kerana tahu orang akan terpedaya dengan harga yang murah.

Buat pengetahuan anda, segala urusan jual-beli seperti deposit perlu dilakukan atas nama pelelong atau bank pelelong sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada terkena taktik kotor daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Sebaiknya anda ke rumah lelong itu sendiri dan semak dengan pihak yang bertanggungjawab sebelum membuat apa-apa bayaran.

2. Kenal Pasti Status Rumah

Pada masa kini, terdapat juga mereka yang buat iklan secara palsu dengan mengiklankan rumah orang lain supaya dapat imej rumah yang baik.

Bagi mereka yang duduk jauh dengan lokasi, mereka mungkin akan percaya dan seterusnya akan terkena scam. 

Anda boleh lakukan land search dan buat semakan dengan pejabat tanah ataupun pemaju untuk dapat memastikan status rumah tersebut.

3. Membeli Mengguna Saluran Betul

Seperti yang kami nyatakan di awal artikel, rumah lelong hanya boleh dijual oleh pihak yang berlesen. Oleh itu, mereka akan menggunakan saluran betul seperti laman web yang disahkan.

Namun, terdapat orang yang cuba menipu dan jual di media sosial kerana tahu ramai orang melayarinya pada setiap hari.

Jadi, anda harus berhati-hati dan bijak dalam buat keputusan sebelum membeli rumah. 

Anda boleh dapatkan kepastian daripada ahli keluarga atau rakan-rakan yang ada pengalaman atau pengetahuan asas dalam pembelian rumah. 

Kesimpulannya, membeli rumah lelong adalah satu proses yang perlu perhatian yang tinggi supaya tiada masalah berlaku.

Jika anda ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti cara membeli rumah dan proses yang terlibat, anda boleh baca artikel di sini. 

Ataupun, jika anda mempunyai hartanah yang ingin dijual tapi tidak tahu caranya, anda boleh hubungi Shukri Zohari!

Shukri Zohari sudah berpengalaman dalam menguruskan hal hartanah selama 10 tahun. 

Dengan berbekalkan pengalaman sepanjang tempoh tersebut, beliau sudah mahir dalam selok-belok pengurusan hartanah korporat, jual beli hartanah korporat, dan jual beli rumah. 

Disebabkan itu, Shukri Zohari menawarkan perkhidmatan seperti: 

  • Semak Nilai Hartanah
  • Bantu Dokumen Hilang
  • Jual & Sewa Hartanah
  • Khidmat Konsultasi

Jadi, jangan bertangguh lagi untuk dapatkan perkhidmatan yang serba lengkap ini! Klik pautan di bawah untuk hubungi kami segera. 

About the Author

Shukri Zohari berpengalaman dalam bidang hartanah selama sembilan (9) tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah jual beli.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>