Dalam proses menyewa rumah, tenancy agreement merupakan salah satu perkara penting yang anda perlu faham supaya urusan menyewa anda berjalan dengan lancar.
Kontrak ini penting kerana ia akan memastikan hak anda dan tuan rumah terlindung sepanjang tempoh penyewaan anda serta sebagai bukti penyewaan anda.
Jadi, memahami kontrak ini dengan mendalam akan dapat membantu mengelakkan apa-apa isu untuk timbul ketika anda sedang menyewa.
Jika anda ingin menyewa, baca artikel ini dulu kerana kami akan kongsikan kepada anda tentang apa itu tenancy agreement, maklumat penting dalamnya serta kepentingan agreement ini.
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!
Apa Itu Tenancy Agreement?
Secara ringkasnya, tenancy agreement ini adalah perjanjian antara anda dan tuan rumah dalam bentuk kontrak bertulis yang menyatakan bahawa anda menyewa rumah milik tuan rumah ini.
Kontrak ini akan dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak. Isi kandungannya perlu difahami dengan sepenuhnya oleh penyewa dan tuan rumah.
Ia mengandungi segala terma penyewaan, maklumat tentang rumah yang disewakan, peralatan, perabot serta semua kemudahan yang disediakan.
Jika mana-mana pihak melanggar sebarang syarat dalam kontrak ini, maka kontrak ini akan terbatal atau sebarang denda yang lain akan dikenakan.
Biasanya, peguam yang berdaftar atau ejen hartanah yang akan menyediakan tenancy agreement ini supaya perjanjian yang dibuat adalah sah dan mengikut undang-undang.
Selepas penyewa meletakkan booking fee untuk rumah yang ingin disewa, seorang peguam berdaftar atau ejen hartanah akan dilantik oleh tuan rumah untuk sediakan draf agreement ini.
Kemudian, penyewa dan tuan rumah akan membaca kontrak ini dan jika terdapat sebarang perubahan pada kontrak, ia akan dilakukan sebelum kontrak ditandatangani.
Maklumat Penting Dalam Tenancy Agreement
Bagi memastikan penyewaan ini berjalan dengan lancar, banyak maklumat perlu diletakkan dalam tenancy agreement ini.
Setiap maklumat yang dimasukkan juga perlu jelas dan mudah difahami bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku.
Lagipun, rumah adalah aset yang sangat besar. Jadi, tenancy agreement yang teliti dapat menjamin keselamatannya.
Maklumat yang Lengkap Tentang Rumah
Semestinya, maklumat rumah sewa yang lengkap seperti nombor rumah, alamat dan jenis rumah perlulah diletakkan. Kalau tidak, penyewa akan keliru dan tidak tahu rumah mana disewakan.
Maklumat seperti bahagian rumah yang disewakan juga diperlukan dalam tenancy agreement, sama ada satu rumah atau hanya sebahagian rumah seperti satu bilik sahaja.
Inventori rumah juga perlu dimasukkan. Tuan rumah perlu senaraikan perabot dan peralatan dapur yang disediakan.
Penyewa pula perlu semak dulu sama ada barang yang disenaraikan dalam inventori cukup atau tidak sebelum menandatangani tenancy agreement.
Harga Penyewaan dan Deposit
Tuan rumah mestilah sediakan harga sewa dan deposit dalam tenancy agreement, termasuk tarikh untuk bayar serta kaedah pembayaran.
Deposit sekuriti, deposit utiliti dan duit cengkeram juga patut diletakkan sekali.
Tempoh Penyewaan & Syarat Pembaharuan Sewa
Dalam tenancy agreement, tuan rumah juga perlu letakkan tarikh kontrak ini ditandatangani, tarikh penyewa masuk rumah dan tempoh berapa lama penyewaan rumah ini.
Jika tuan rumah setuju dengan lanjutan penyewaan, klausa sambung penyewaan dan syarat-syaratnya juga boleh disertakan sekali.
Tanggungjawab Tuan Rumah
Tuan rumah bertanggungjawab ke atas keadaan rumah yang disewakan, bukan setakat kutip duit sewa bulanan sahaja.
Tuan rumah mestilah memastikan perabot dan peralatan rumah dalam keadaan yang baik.
Selain itu, tuan rumah juga perlu bertanggungjawab membayar yuran selenggara dan cukai-cukai yang berkaitan dengan hartanah.
Jika tuan rumah ingin pihak penyewa untuk membayar kos-kos yang dinyatakan di atas, tuan rumah perlu meletakkan details dalam tenancy agreement.
Tanggungjawab Penyewa
Kewajiban penyewa adalah untuk menjaga rumah dan perabot dengan baik sepanjang tempoh penyewaan serta membayar sewa dan utiliti tepat pada masa yang ditetapkan.
Secara dasarnya, ini bermakna pihak penyewa rumah harus mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan oleh tuan rumah dan pengurusan bangunan.
Peraturan dan Larangan Penyewaan
Sebarang peraturan dan larangan perlu dimasukkan awal-awal dalam tenancy agreement supaya penyewa tahu tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang penyewaan.
Peraturan yang biasa diletakkan adalah seperti:
- Dilarang menjalankan perniagaan komersial dalam premis
- Dilarang melakukan kegiatan tidak bermoral seperti berjudi dan dadah
- Sebarang tindakan yang boleh jejaskan perlindungan insurans harta benda
- Melakukan renovasi/ubah suai dalam rumah yang tidak dipersetujui oleh tuan rumah
Jika peraturan ini dilanggar, tuan rumah berhak untuk membatalkan penyewaan ini atau mengenakan sebarang denda kepada penyewa.
Baca Juga:
4 Kepentingan Tenancy Agreement
1. Jamin Kadar Sewa
Tenancy agreement ini dapat melindungi penyewa dari ketidaktentuan harga sewa yang sepatutnya
Ini kerana agreement ini akan memastikan tuan rumah tidak boleh menaikkan kadar sewa sesuka hati.
2. Melindungi Deposit
Tenancy agreement ini akan menjadi bukti bahawa penyewa telah membayar deposit. Tanpa bukti ini, tuan rumah boleh buat tak tahu untuk bayar balik deposit penyewa.
Jadi, jika berlaku sebarang kecemasan di mana penyewa perlu berpindah keluar, tuan rumah perlu membayar semula deposit penyewa.
3. Tingkatkan Kuasa Meminjam Tuan Rumah
Pendapatan pemohon merupakan kriteria yang sangat penting dalam memohon pinjaman dan pembiayaan.
Dengan tenancy agreement ini, tuan rumah boleh mengemukakannya sebagai bukti bahawa beliau mempunyai pendapatan sampingan.
Ini juga dapat membantu tuan rumah dalam mendapatkan pembiayaan dari bank.
4. Perlindungan Kepada Tuan Rumah
Jika terdapat pertikaian yang berlaku antara tuan rumah dan penyewa, tenancy agreement ini akan dijadikan sebagai rujukan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Sebagai contoh, tuan rumah boleh mengambil tindakan mahkamah menggunakan tenancy agreement untuk memfailkan saman pengusiran bagi penyewa yang enggan bayar sewa.
Tuan rumah juga boleh menyimpan deposit yang dibayar oleh penyewa sekiranya sebarang kerosakan harta benda berlaku atau terma dalam tenancy agreement ini dilanggar oleh penyewa.
Kesimpulannya, kedua-dua penyewa dan tuan rumah perlu memahami tenancy agreement ini supaya proses penyewaan dapat berjalan dengan lancar.
Tidak kisahlah sama ada anda seorang tuan rumah atau penyewa, kedua-dua pihak ini bertanggungjawab untuk mematuhi tenancy agreement.
Jika anda memiliki hartanah dan ingin mencari pembeli, anda boleh hubungi Shukri Zohari untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh.
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang hartanah selama 10 tahun, Shukri Zohari menawarkan perkhidmatan seperti:
- Semak Nilai Hartanah
- Bantu Dokumen Hilang
- Jual & Sewa Hartanah
- Khidmat Konsultasi
Jadi, tunggu apa lagi?
Hubungi Shukri Zohari sekarang untuk selesaikan urusan hartanah anda.
0 comments