tips pengurusan kewangan dan cara beli rumah

Bagi golongan muda mahupun orang tua, kemahiran pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting supaya hidup dengan selesa.

Salah satu keperluan yang ingin dibeli oleh ramai orang ialah rumah. Terpulang kepada individu ingin membeli rumah subsale atau rumah baru asalkan memenuhi kriteria yang diinginkan.

Mencari rumah pertama yang berpatutan amatlah penting bagi individu yang bekerja atau yang telah berkahwin sebagai memulakan hari-hari mereka bersama di tempat yang selesa.

Di dalam artikel ini, kami akan memberi anda beberapa tips pengurusan kewangan bagi mereka yang ingin beli rumah dan juga beberapa perkara yang anda perlu buat sebagai checklist anda membeli rumah!

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

5 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Beli Rumah

tips pengurusan kewangan

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti supaya pengurusan kewangan anda dalam keadaan baik dan membolehkan anda membeli rumah!

1. Berbelanja Dengan Cermat

Tips pertama adalah berbelanja dengan cermat dan elakkan dari membeli perkara yang tidak perlu diupgrade seperti baju dan kasut mahal yang mahal sedangkan ia sudah mencukupi. 

Ini boleh dilakukan jika anda selalu pantau perbelanjaan anda dengan membuat lejar ataupun melalui aplikasi yang boleh merekodkan transaksi harian anda.

Dengan ini, anda dapat lihat jika terdapat perkara yang telah membazirkan wang anda dan kemudian boleh menaikkan kemahiran pengurusan kewangan anda.

2. Jadual Menabung

Selain dari pantau kewangan, anda juga boleh buat jadual menabung untuk diri sendiri sebagai langkah pengurusan kewangan. 

Anda boleh pilih jika ingin menabung tiap hari atau tiap minggu mengikut kemampuan anda. Ini membolehkan anda untuk menabung dengan konsisten kerana telah buat jadual.

Namun, jika anda tidak mempunyai kawalan diri yang bagus, ia adalah sia-sia. Oleh itu, pastikan anda mengikut jadual menabung supaya simpan duit.

3. Simpan Duit Berlebihan

Bagi mereka yang dapat duit tambahan dari bonus atau pulangan cukai dan lain-lain, anda dinasihatkan untuk simpan duit tersebut bagi menambah simpanan anda.

Ini kerana jika tidak, ia mungkin menyebabkan anda menggunakan duit tersebut kepada perkara yang tidak berfaedah dan seterusnya.

4. Potong Gaji Untuk Simpanan

Anda juga boleh potong gaji siap-siap pada tiap bulan untuk dijadikan simpanan khas. Anda boleh tetapkan berapa peratus gaji yang akan dipotong.

Ini membolehkan anda untuk tetapkan simpanan konsisten setiap bulan kerana duit tersebut teruskan akan masuk ke dalam tabung atau akaun simpanan anda.

Bincang dengan HR syarikat anda tentang bagaimana anda ingin gaji dipotong dan akaun mana anda ingin ia masuk.

5. Menaikkan Prestasi Kerja

Cara yang terakhir bagi pengurusan kewangan adalah meningkatkan prestasi anda di kerja supaya gaji naik.

Ini membolehkan anda dapat yang lebih banyak untuk dijadikan simpanan untuk membeli rumah baru.

Namun, langkah ini mungkin tidak sesuai bagi semua orang. Anda juga boleh buat kerja sambilan seperti Grab atau FoodPanda untuk menjana pendapat berlebihan.

Ini akan memudahkan pengurusan kewangan anda.

Persediaan Sebelum Buat Pinjaman Beli Rumah

tips pengurusan kewangan

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa perkara yang perlu dilakukan supaya pinjaman beli rumah anda akan diluluskan.

1. Mempunyai Kerja Tetap

Status kerja yang tetap sangat penting kerana membantu meyakinkan  bank bahawa anda mempunyai gaji yang tetap pada setiap bulan.

Jika anda mempunyai kerja yang tidak tetap, kebarangkalian untuk anda dapat pinjaman sangat rendah.

2. Bayar Komitmen Lain Pada Masa Tepat

Untuk pengetahuan anda, jika anda tidak committed bayar komitmen lain pada masa tepat, ia akan memberi kesan terhadap kadar faedah pinjaman rumah anda.

Ini menunjukkan bahawa kemahiran pengurusan kewangan sangat penting kerana ia boleh memberi impak yang besar terhadap hidup anda.

Antara hutang yang dimaksudkan adalah PTPTN. Anda boleh bincang dengan pegawai supaya tukar jadual bayaran untuk elak masalah berlaku.

3. Pastikan Dokumen Lengkap

Anda juga perlu sediakan dokumen-dokumen yang perlu ada bagi membolehkan anda membuat pinjaman duit untuk membeli rumah.

Ini kerana kekurangan dokumen tersebut boleh menyebabkan permohonan tidak lulus dan kemudian merosakkan rancangan anda.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai semua perkara yang diminta sebelum membuat permohonan.

Elakkan Kesilapan Ini Ketika Beli Rumah!

kesilapan beli rumah

Kami akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh ikut supaya tidak membuat salah semasa membeli rumah.

1. Tidak Mampu

Satu perkara yang sering dilakukan oleh ramai orang adalah mereka tidak mengambil kira komitmen yang diperlukan untuk menjaga rumah.

Ini termasuk kos elektrik, cukai, MRTA & MRTT dan lain-lain. Mereka hanya fikir tentang harga beli dan menyebabkan komitmen yang diperlukan melebihi kemampuan mereka.

Pastikan anda mempunyai kemampuan supaya tiada masalah berlaku dalam pengurusan rumah anda.

2. Tidak Buat Kajian

Bagi mereka yang ingin membeli rumah buat pertama kali, anda perlu membuat kajian tentang jenis hartanah yang ada supaya dapat pilih yang paling sesuai untuk anda.

Jenis-jenis hartanah juga akan membawa kos yang berbeza kerana menawarkan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, buat kajian sebelum membeli rumah.

3. Tidak Meninjau Kawasan

Sebelum anda beli rumah, anda juga disarankan untuk meninjau kawasan tersebut supaya dapat tahu suasana dan juga perkara seperti rangkaian internet dan telefon, arah matahari dan keadaan sekeliling rumah.

Jika terdapat sebarang kekurangan, ia boleh menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan duit bagi renovation.

Anda juga dinasihatkan untuk lihat kawasan kejiranan untuk memastikan jika ia sesuai untuk anda.

4. Tidak Melihat Skor Kredit

Skor kredit anda sangat penting jika anda ingin membuat pinjaman lagi-lagi pinjaman yang besar seperti membeli rumah.

Ini kerana, ia akan menentukan kadar faedah yang anda akan kena bayar seperti yang kami menyatakan sebelum ini.

Oleh itu, pastikan skor kredit anda dalam keadaan bagus sebelum anda membuat permohonan.

Kesimpulannya, rancang kewangan anda lebih awal untuk membuat persiapan dan sediakan duit lebih banyak bagi membeli rumah berjalan dengan lancar. 

Jika anda berminat untuk menjadi ejen hartanah, anda boleh menghubungi Shukri Zohari!

Shukri Zohari adalah sebuah agensi hartanah yang bukan sahaja mengutamakan jualan semata-mata. Kami juga boleh membantu anda menjadi ejen yang berjaya!

Ini adalah beberapa sebab anda disarankan mencuba karier ini:

  • Komisen Tinggi

Komisen lebih padu bila ada team yang kuat & struktur pendapatan yang lengkap.

  • Market High Demand

Ekonomi teruk? Masih ramai lagi yang nak beli hartanah.

  • Kerja Fleksibel

Anda sendiri yang tetapkan masa untuk anda bekerja. Dengan team yang kuat, semua boleh!

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau ingin maklumat yang lebih lanjut, sila ke laman web kami di sini.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Kami Di Sini

About the Author

Shukri Zohari berpengalaman dalam bidang hartanah selama sembilan (9) tahun dan sepanjang 9 tahun ini, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah jual beli.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>