Bila cakap bab hartanah, antara perkara pertama yang terlintas dalam otak kebanyakan orang adalah geran tanah.
Mungkin kerana geran merupakan salah satu dokumen yang penting dalam urusan pembelian dan penjualan hartanah.
Namun, masih tak ramai tahu geran ni apa kandungannya apatah lagi cara nak membacanya.
Biasanya orang minta khidmat pakar seperti peguam hartanah untuk hal-hal dokumen hartanah tapi tak salah untuk kita mempersiapkan diri kita dengan sedikit ilmu terlebih dahulu, kan?
Jom, kami kongsikan apa itu geran, jenis-jenis geran dan macam mana nak baca geran tanah.
Apa Itu Geran Tanah
Dalam bahasa mudah, geran adalah dokumen bukti pemilikan secara rasmi yang dikeluarkan kerajaan.
Contohnya sebuah kereta tanpa geran, sesiapa sahaja boleh mengaku kereta tersebut milik mereka sebab tiada bukti kereta itu dimiliki siapa.
Geran tanah bukan sahaja mempunyai maklumat pemilik tanah tetapi turut mengandungi maklumat seperti jenis rumah yang boleh dibina dan syarat lain mengenai status pemilikan.
Selain itu, geran juga mengandungi maklumat lain seperti jumlah cukai tahunan, syarat dan sekatan yang mengingatkan pemilik tentang apa yang boleh, apa yang tak boleh buat.
Sebab itulah, apa-apa urusan tentang hartanah atau tanah, sama ada pindahmilik, pajak, gadai atau turunmilik, geran kena ada dulu.
Jenis-jenis Geran Tanah
Terdapat dua jenis geran iaitu geran/hak milik individu dan geran/hak milik strata.
Geran/hak milik individu didaftarkan atas nama individu yang beli tanah bagi rumah yang dibina di atas tanah seperti contoh, rumah teres, bango, semi-D dan sebagainya.
Geran/hak milik strata pula didaftarkan atas nama individu yang memiliki unit dalam bangunan bertingkat seperti rumah flat, pangsa dan kondo.
Selain itu, apa yang anda perlu tahu adalah sama ada geran itu adalah hakmilik tetap (HT) atau hakmilik sementara (HS).
HT dan HS boleh terdiri daripada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah.
HT Pejabat Pendaftar terdiri daripada:
- Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya (freehold)
- Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu (leasehold).
HT Pejabat Tanah Daerah terdiri daripada:
- Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya (freehold)
- Geran Pajakan Mukim tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu (leasehold)
Cara Tepat Baca Geran Tanah
Biasanya, geran akan ada tiga muka surat. Jom kami kongsikan macam mana cara baca setiap satu muka surat.
Muka surat 1: Maklumat Tanah
-
Tajuk Geran
Tajuk geran terletak di bahagian atas dan akan memberitahu jenis pegangan hak milik, sama ada ianya HT atau HS.
Terdapat istilah dan kod yang digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan di muka hadapan geran ini seperti:
- PN (Pajakan Negeri): HT yang dikeluarkan Pejabat Pendaftar hakmilik negeri
- GM (Geran Mukim): HT yang dikeluarkan Pejabat Tanah
- PM (Pajakan Mukim): HT yang dikeluarkan Pejabat Tanah
- HSD (Hakmilik Sementara Daerah): HS dikeluarkan Pejabat Kerajaan Negeri
- HSM (Hakmilik Sementara Mukim): HS dikeluarkan Pejabat Tanah
Dalam pendaftaran tanah, tanah tersebut mestilah diukur dan diukur untuk mendapatkan pelan tanah yang tepat.
Sementara menunggu HT dikeluarkan, HS disediakan di mana haknya adalah sama kecuali tanah tersebut tidak boleh dipecah sempadan, dipecah bahagi dan disatukan tanah.
-
Maklumat Tanah
Di bawah No. Hakmilik dan Cukai Tahunan, akan ada maklumat tanah seperti:
- Lokasi – negeri, daerah, bandar, pekan atau mukim
- Lot – No. Lot digunakan untuk tanah yang telah mempunyai geran. Kalau belum ada geran, istilah NO. Plot digunakan.
- Saiz – bagi rumah di atas tanah, saiz bermaksud keluasan tapak tanah dan keluasan rumah. Bagi rumah bersifat strata, saiz merujuk kepada keluasan binaan.
- Kategori penggunaan tanah – ia sama ada pertanian, bangunan atau industri.
-
Keterangan Lain
Keterangan ini adalah untuk menguatkan lagi peruntukan Kanun Tanah Negara.
Misalnya, akan ada keterangan yang menjelaskan bahawa tanah tersebut berpegangan bebas (freehold) tapi kena bayar cukai atau tanah itu jenis pajakan (leasehold) untuk selama sekian-sekian tahun.
-
Syarat Nyata
Syarat nyata akan memaparkan tujuan tanah dalam geran itu– kalau untuk kediaman, tak boleh lakukan aktiviti lain seperti pertanian atau perkilangan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Pemilik boleh tahu larangan secara jelas ke atas penggunaan tanah berkenaan dari maklumat pada bahagian ini.
Muka surat 2: Maklumat Pemilik Tanah
-
Pelbagai Sekatan Penting
Maklumat ini akan berada di muka surat pertama atau kedua, bergantung kepada jenis geran namun biasanya sebelum maklumat pemilik tanah.
Sekatan yang dinyatakan dikira syarat yang memberitahu apa yang boleh dan tak boleh buat atas tanah tersebut.
-
Maklumat Pemilik
Di bahagian ini mengandungi nama, no. kad pengenalan, berapa bahagian pemilik dan warganegara.
Muka surat 3: Pelan Tanah
-
Maklumat Tanah
Antara maklumat tanah adalah jenis dan nombor hakmilik, lokasi, jenis hakmilik, nombor lembaran (jika ada), nombor pelan diperakui, nombor lot dan keluasan lot.
-
Pelan Lokasi Tanah
Akhir sekali, terdapat pelan tanah yang disediakan dan diperakukan oleh Pengarah Ukur Negeri, dan anda akan dapat lihat berapa besar, panjang dan lebar tanah yang dimiliki.
Kesimpulan
Tak susah pun kan nak baca geran tanah?
Anda cuma kena tahu beberapa istilah dan syarat/sekatan yang dikenakan.
Jika anda nak menjual atau sewa rumah anda tetapi tak tahu prosesnya bagaimana, jangan risau!
Shukri Zohari pasti boleh bantu anda!
Shukri Zohari merupakan ejen hartanah yang sudah terlibat dalam bidang hartanah selama 9 tahun.
Sepanjang 9 tahun itu, beliau telah terlibat dengan pengurusan Hartanah Korporat, Jual Beli Hartanah Korporat, Jual Beli Rumah serta seorang pelabur.
Beliau telah terlibat dengan hartanah bernilai lebih RM2 bilion sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini.
Apa yang anda boleh dapatkan dari servis Shukri Zohari?
- Anda akan dapatkan harga pasaran dari penilai hartanah
- Hartanah milik anda akan diiklankan dan dipromosikan di setiap platform
- Urusan pembiayaan dan sebagainya dengan pihak bank dan peguam akan diuruskan
Tak perlu pening-pening lagi.
Selesaikan Urusan Hartanah Anda Dengan Shukri Zohari Sekarang!
0 comments